"...episod demi episod, babak silih berganti, sudah pun tertulis di dalam script, script kehidupan..."

Tuesday, December 18, 2007

Bismillah hi rahman ni rahim…

Alhamdulillah, masih diberi peluang utk update blog yang dah lama tak buka ni. Kali ni ana nak kongsi sikit beberapa pengalaman yang menarik yang ana lalui sepanjang cuti ni.

Hari pertama bekerja tidaklah penat sangat. dekat office pun hanya perlu baca sahaja. Membaca untuk test. So tidaklah banyak mengeluarkan tenaga. Tapi bila balik rumah terasa sangat penat. Mungkin kerana perjalanan yang kurang best. Orang bersesak-sesak untuk naik monorail. Itu yang tak tahan tu. Tapi, Alhamdulillah, bila balik rumah dapat hadiah =).





Bila buka tingkap bilik, I saw this beautiful scenery. Subhanallah, cantik sangat. terus tersenyum. Penat pun hilang. What a sweet gift from Allah…=)

-catatan 3 Dec 2007-



Cuti summer tahun lepas ana kerja di kilang cherry (KCO) kat OZ, cuti summer tahun ni pula ana kerja di audit firm (GT) kat M’sia. Alhamdulillah dah dua minggu bekerja. Tak banyak beza sangat dari tahun lepas cuma beza dari segi nature of working saja. Di KCO, masa banyak dihabiskan di kilang untuk pack cherry. Tapi di GT, masa lebih banyak di habiskan di office client untuk audit client’s account. Jarang ada di office, dalam seminggu tu satu hari je kot duduk kat office full day. Macam last week ana pergi office client kat area Ampang Park. This week pulak kena pergi kilang kat Batu Caves.

Apa yang terjadi pada hari ini, mengingatkan kembali kenangan di KCO setahun yang lalu. Hari ni, hari kedua kena pergi Batu Caves dengan D, my officemate (of course dia dah lama keje kat GT-about 1.5 yrs). She’s a Chinese. She asked me several questions which remind me to what has happened a year ago. The same questions have been asked to us (ramai yang kerje di KCO thn lepas-about 10ppl) a year ago.

Situasi 1: masa lunch di kedai mamak
D: are you wearing tudung and baju kurung everyday kat Melbourne?
Me: not everyday.
D: then summer macam mana? You buka ke?
Me: (geleng kepala)
D: Then tak panas ke?
Me: I used to it
D: usually Malays must wear tudung since young ke?
Me: yes. Muslim must wear tudung.
D: Habis tu macam mana dengan yang tak pakai? Tak pe ke?
Me: (terdiam seketika) hmm…actually…bla..bla…bla…(menerangkan dengan penuh berhati2)
-n-

Situasi 2: masa abis kerja.
Dalam kawasan kilang tu ada beberapa anjing sedang berkeliaran. D actually noticed that I was not comfortable with the surrounding. Kemudian dalam kereta dia tanya:

D: I notice that Malays selalunya takut dengan anjing. Kenapa ye? Ada pengalaman buruk ke?
Me: its not like that. Actually, Muslim…bla…bla…bla...(ana pun menerangkan la kenapa muslim selalu lari bila nampak anjing)
-n-

Ana bold kan words ‘Malays’ tu sebab ana rasa kurang selesa bila D guna perkataan malays tu. Its not about born as Malays but its about being a Muslim. Sedihnya bila benda se’simple’ macam tu pun D tak tahu. Sedangkan D ramai kawan muslim. And I know that she is actually quite close dengan F, another muslim girl who also work in GT. This reminds me to the book that I bought last summer. The title is “Why women accepting Islam”. It’s a compilation of stories how women around the world revert to Islam. Salah satunya cerita pasal seorang Malaysian, a Chinese yang masuk Islam. Cerita dia sangat menarik. She said that many non-Muslim in Malaysia do believe that if you revert to Islam means that you will be a Malays. Hmmm…serabut bila fikirkan hal ni. Again it’s not about being a Malays but it’s about being a Muslim.

Hmm…based on apa yang berlaku, I found one conclusion. “People perceive what we portray”. Sebenarnya, kita sendiri atau orang Islam sendiri yang buat orang lain dah salah faham tentang Islam. Kita sendiri yang buat orang lain keliru tentang Islam. So, macam mana orang nak faham dan tertarik kepada Islam kalau kita sendiri tak betul-betul mengamalkan Islam? Pening memikirkan. Secara jujurnya ana rasa sangat susah dan berat nak jawab soalan D tu. Sebab Islam yang dia nampak bukanlah yang tulen. Islam yang dia nampak sebenarnya dah bercampur dengan unsur-unsur lain. Yang hak dan batil telah bercampur. And I think the only solution for this problem is, kita kembali kepada asas muratib amal kita. We must start from diri kita sendiri, individu muslim. Kita sendiri kena berusaha untuk memperbaiki diri agar menjadi muslim yang sebenarnya. Kemudian, bila ada beberapa individu yang ada kefahaman yang betul ,maka akan lahirlah masyarakat yang mengamalkan Islam yang betul dan syumul. Seterusnya, kelak orang akan nampak the truth and the real beauty of Islam tu.

“Tegakkanlah Islam dalam dirimu, maka akan tertegaklah Islam di sekeliling mu”.

To say is easy. But to change ourselves, people and the world its not a simple process. ana sendiri sedang mujahadah to be a better Muslim from day to days. May Allah guide me and all the Muslims to the right path. Semoga each one of us menjadi penyumbang kepada kebangkitan Islam kelak. Mungkin kita ini hanyalah watak kecil dalam perjuangan ini, tapi Allah tak akan mensia-siakan usaha hamba-hamba-Nya, InsyaAllah.

Selamat berjuang sahabat, walau di mana jua kita berada, walau apa jua posisi kita, moga redha Allah jua yang kita kejar.

-catatan 12 Dec 2006-



Hari ni, again D ask me another question. I’m not sure why she asks me such question. Dari cara tanya macam nak kenakan ana. Tapi tak tau la kalau dia tanya sebab dia betul2 nak tahu. Sepanjang seminggu ana ikut dia ke Batu Caves, ana memang tak pernah mintak nak solat. Biasanya pukul 10pg bru kitaorang akan gerak dari office ke BC. Tapi hari ni pukul 12pm baru keluar office. Then she suggested that we should have a lunch first. Masa dalam lift dia tanya:

D: I think we should go for lunch first. Sekarang pun sudah pukul 12. what do u think?
Me: I don’t mind. Up to you.
D: Eh,you bukan kena sembahyang ke?what time you have to pray?
Me: owh, I had period so I cant pray
D: owh ok, so normally u need to pray few times a day right? So, only when u had period u don’t have to pray.
Me: yes
D: So sekarang u bole bersenangla, tak payah sembahyang (sambil ketawa)
-n-

Hmmm…terkejut, speechless dan rasa nak marah pun ada. And I think she notice perubahan wajah ana. Then, dia terus ubah topic.hmmm….masih banyak lagi kerja yang perlu dilaksanakan untuk membawa orang kepada Islam. Sudah tak ada masa untuk buang masa sebenarnya. Sedarlah wahai diri!!!

Another interesting story to share. Masa last week pergi office kat area Ampang Park tu pun agak terkejut tengok surau kat office tu. Its actually a store. Muat2 utk seorang je. Kiri kanan ada kotak yang bersusun tinggi sampai mencecah siling. This situation reminds me of praying inside the fitting room kat OZ. Tapi, alhamdulillah. Ada juga surau kat office tu. Kilang kat Batu Caves tu, memang comfirm la tak ada surau langsung. staff cume 5 orang. Semua Cina pulak tu.

Terasa sedang melaksanakan misi shahadatul haq =). May Allah guide every inch of my intention, words and actions. Semoga ia tidak bawa fitnah kepada Islam.

-catatan 13 Dec 2007

Thursday, November 15, 2007

..::airmata::..

Wahai diri….
kerapnya kau menangis…

Menangis kerana rindukan manusia…
Menangis kerana kecewa…
Menangis kerana sayang…
Menangis kerana benci…
Menangis kerana rasa tersisih…
Menangis kerana terharu dengan kebaikan manusia…
Menangis kerana takut suatu kecelekaan akan terjadi…
Menangis kerana takut kehilangan orang tersayang…

Namun…
Jarang sekali kau menangis kerana cinta dan rindu pada Rabb-Mu…
Jarang sekali kau menangis kerana dosa-dosa yang kau lakukan…
Jarang sekali kau menangis kerana mengharapkan keampunan dari Rabb-Mu

Hmmm…need to muhasabah diri again and again…alangkah mahalnya harga airmata itu andai datang dari hati yang ikhlas…hati yang benar-benar rindu pada Pencipta-Nya…hati yang benar-benar insaf pada segala dosa yang pernah dilakukan…hati yang benar-benar bertaubat...hati yang benar-benar mengharapkan keampunan dan petunjuk dari Allah….


~ Ya Muqallibal Qulub, thabit qulubana 'ala deenik, fi sabilik....

Monday, November 12, 2007

to my ukhti...



Kesekian kali kini ku berdiri
Tulus hati dihadapanmu
Masih terus merayu dengarkan aku

Jalan yang berliku
Sepanjang hayatmu
Aku juga merasainya
Lantas aku mengerti dan memahami

Lihatlah ke dalam hatimu
Percikan cahaya
Yang akan membara
Mmenjadi penerang segala yang didepanmu

Lihatlah jua ke hatiku
Aku lah temanmu
Terimalah aku
Kita kan bersama mengharung dunia fana ini

Kesekian kali ku ulangi lagi
Tidak kan pudar keyakinanku
Yang kau akan berdiri atas kemuncak tinggi

~ i dedicate this song to my ukhti...hopefully u know who u are...=)
~ salam mujahadah buat semua....moga Allah beri ilham untuk menjawab exam...

Sunday, November 11, 2007

indeed...His words the best remedy...

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula (kamu) bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman"
[Ali Imran:139]

"...Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka dijalan Allah, dan tidak lesu (patah semangat) dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar"
[Ali Imran:146]


"Ya Tuhanku, janganlah Engkau condongkan hati ku kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada ku, dan kurniakanlah kepada ku rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi"


~ rindukan tazkirah =(
~ rindukan akhwat =(
~ sabar dan tenang lah wahai hati......[mujahadah mode]

Friday, November 9, 2007

mix of feeling

alhamdulillah...
juz finished the exam...2nd paper for this week and second paper for this semester...meaning i got 2 more to go..tabahlah wahai hati...too many things happen in my life sepanjang seminggu study leave and seminggu exam week dah berlalu...macam-macam perasaan yg ana rasa pada saat ni..mix of feeling....

few weeks ago, tiba-tiba je perasaan rindu parents, rumah dan kawan-kawan kat malaysia datang... and it become worst bila time exam macam ni...dulu pernah gak tepikir nak balik mesia cuti summer ni. tapi rasa cam tak berbaloi je sebab winter hari tu dah balik...tp perasaan ni rasa membuak-buak nak balik...dah tak tertanggung perasaan rindu ni....alhamdulillah, 3-4 hari lapas dapat call dari cpa malaysia. i got internship!!!memang seronok la nak balik..tapi, dah diberi kerja la pulak untuk cuti nanti...hmmm...penat juga nak fikir tu...sapa la nak ganti buat semua kerja tu...setelah dipertimbangkan, akhirnya keputusan untuk balik mesia pun dibuat...hati melonjak sebab tak sabarnya nak jumpa family...=)
-end-

last 2weeks, i called my friend, my bestfriend since childhood, asyrani...seronok sangat dapat borak ngan dia, rupa-rupanya dia pun tgh exam...baru dapat tahu yang Dayang dah fly g Mesir...sedihnya tak sempat nak call dia...memang tanya pasal Dayang tu pun sebab tiba-tiba je rindu kat Dayang....Asyrani lak tak de no. dia, so tak dapatla nk contact dia...=(
Subhanallah, esoknye Dayang hantar mesej...cam tahu-tahu je ana rindu dia...what a sweet mesej:
"ukhuwah itu di hati, walau bersendirian pasti ia menemani. setiap yang manis mampu dikenangi, walau tiada di mata, ia hadir bila diingati, kerana asasnya is kekal di dasar hati".
try nak reply mesej dia tapi tak dapat, tak tau nape. sebelum dia fly hari tu dia ada gak anta mesej:
" persahabatan ibarat 1 janji yang dibuat dalam hati...tak dapat ditulis...tak dapat dibaca...namun...tak akan terpisah dek jauh...dan tak akan berubah dek masa...sekali kita berkawan selamanya tetap di hati".
teringat firman Allah:
"dan Dia (Allah) mempersatukan hati mereka (orang yang beriman). walaupun kamu menginfakkan semua kekayaan yang berada di bumi ini, nescaya kamu tidak akan dapt mempersatukan hati mereka, tapi Allah telah mempersatukan hati mereka".
segala yang berlaku adalah atas kehendak Dia. Biar kita jauh, tapi Allah itu berkuasa untuk mendekatkan hati kita...=)

Buat ukhtiku, Dayang NurSyairah...
ana doakan semoga Allah permudahkan segala urusan enti di sana...moga penghijrahan ke sana membuka lembaran yang lebih bermakna dalam hidup enti...doakan kebahagian kita semua di dunia dan akhirat...hmm, bila la plak bole jumpa kan...last time jumpa masa ana balik winter tu, maksudnya 3 bulan yang lepas. itu pun after i think 6-7 yrs kita tak jumpa...ana akan terus menantikan saat pertemuan itu...andai tak di dunia, doakanlah agar kita tetap menjadi menjadi teman di jannah kelak...=)
-end-

hmm...a day before paper OB, i was accidentally left my file inside the cafe and when i went back to the cafe, it closed already. with the accompany of my friend, jenny we rushed to the guard office, but it has been moved to another street. then we rushed to the uni information centre. alhamdulillah, its still open even though its already 5.20pm. the clerk called the office guard and they said they cant open the shop because it used external secuirity system...=(
dugaan yang sungguh berat..all the lecture notes, case study, tute question and answer were inside the file...the only thing left for me is my textbook, but its not useful actually.we rarely use it...=( Alhamdulillah...bersyukur sangat-sangat sebab my friend, Jenny tu sangat-sangat la baik. she gives me all the notes yang dia buat. Alhamdullilah, Allah sent me a friend who can help me...sangat-sangat terharu...then, my housemate yang sangat penyayang tu sangat la membantu untuk menggembirakan diri ini...sangat terharu sebab dia pulak yang nak nangis tengok ana belajar malam tu..dah bergenang airmata dia...then i remember satu hadith ni:
"perbandingan orang-orang mukmin dalam erti kata kasih sayang mereka, dalam erti kata belas kasihan mereka sesama mereka, dan dalam erti kata timbang rasa mereka adalah laksana badan yang satu iaitu apabila mana-mana anggota badannya mengadukan hal, maka turut menaggunglah seluruh badan dengan berjaga malam dan merasai demam".
bila exam hari pulak, memang sangat susah....memang rasa tak de je harapan nak pass. but what can i do? i cant change the past...tawakal sepenuhnya pada Allah...everything happen with a reason. i learn a lot of things....again tarbiyyah dari Allah...but Alhamdulillah...Allah kurniakan ketenangan hati sepanjang minggu exam ni....jazakillah to Aini who try to cheer up my feeling.......and thanks Allah for this gift...[kalau dia baca mesti kembang ni...huhuhu...but u deserve this my ukhti, bukan utk apa yang berlaku hari ni...tapi sepanjang sebelum kita kenal jalan ni dan sampaila kita berada di atas jalan ni...doaku moga kita tsabat hingga akhir hayat...]
-end-

~sambung study for next paper.....

Sunday, November 4, 2007

ku mungkiri janji lagi...

Semalam ku berjanji
Pada diriku ini & jua kepada diriMu
Daku telah berjanji
Tak akan mengulangi kesilapan kulakukan kelmarin

Tapi hari ini Kau saksikan
Diri ini telah lakukan
Dosa yang kujanji takkan ku ulangi

Rasa seperti telah hilang percaya pada diri
Dan rasa amat malu untuk menghadapMu
Kerna ku sering mungkir janji pada diri sendiri
Oh Tuhanku kuharap keampunan dariMu

Oh Ya Allah,
Telah kurasa seluruh nikmatMu
Umpama istidraj yang menggunung tinggi
Kerna kesilapanku yang sendiri tak mampu
Untuk Iltizam pada taubatku...Oh Tuhan

Oh Tuhan
kuharapkan..Kau ampunkan dosaku
Hulurkanlah padaku maghfirahMu
Ku sedar diri ini hanya hamba yang lemah
Oh Tuhan Kau terimalah taubatku..

Bila dengar lagu ni betul-betul, rasa sayu lak…memamg terkena kat batang idung sendiri…dalam minggu lepas rasa macam banyak kesilapan yang ana dah buat…banyak sangat…oh Tuhan, ku sering mungkir janji..ampun kan dosa-dosa ku…

~sanahilwa ya jamila adik~

Saturday, November 3, 2007

secerah pawana

Seindah sedamai pantai melambai gemalai
Begitulah hati merindu kasih yang padu
Bagaikan pepasir basah disimbah lautan
Begitulah perjuangan ini
Biar basah dengan iman dan ukhwah

Kita ingin segalanya indah
Sebersih pasir pantai memutih
Seindah dan secerah pawana
Berseri ukhwah dipupuk kasih

Kita ingin segala terlerai
Dengki dan dendam kesumat musnah
Biar keikhlasan berbicara
Di dada hati luas saujana

Ukhwah yang bersemi menyinari hati
Kasih yg abadi padamu Ilahi
Perjuangan ini moga diberkati

Thursday, November 1, 2007

Monday, October 29, 2007

we bring Islam name...

Salam…tiba-tiba hati ini rasa melonjak-lonjak untuk berkongsi beberapa kisah yang berlaku dalam sebulan dua ni…


Kisah 1:

Kisah ini berlaku pada hari jumaat, 30 ramadhan 1428H…masa tu ana temankan seorang kawan Chinese pegi belikan lunch kat union house. Masa tengah tunggu dia bayar, tiba-tiba ada seorang laki datang: “assalamualaikum sister, are you fasting today?”. Terkejut jugak, malu pun ada…huhuhu…kemudian lepas ana cakap ana puasa, dia pergi ke arah gerai sebelah yang jual kebab. Dia tanyakan soalan yang sama kepada penjual kebab tu (penjual kebab tu pun muslim). Rupa-rupanya dia nak pastikan sama ada hari tu dah raya ke belum. Sebab timbul sedikit kekeliruan dalam menentukan tarikh 1st syawal. Orang Indonesia dan turki sambut syawal pada hari jumaat tu. Tapi, kitaorg ikut Islamic Council…so, kitaorg sambut 1st syawal hari sabtu.


Kisah 2:

Juga berlaku pada hari jumaat…seminggu after peristiwa di atas…masa tu pukul 1ptg, ana baru habis class dan ana tengah berjalan nak ke prayer room…tiba-tiba ada seorang laki tegur. “assalamualaikum sister. Do you know where people pray jumaat prayer?”. Tempat biasa untuk solat jumaat mula di tutup lepas ramadhan sebab ada construction. So sebab tu brother tu tak tahu solat jumaat kat mana.


Kisah 3:

Berlaku masa ana dan 6 orang sahabat naik train untuk pulang ke rumah selepas beraya ke rumah makcik ana. Masa dalam train tu ada di antara kitaorg yang tgh dengar hafalan sahabat yang lain, ada yang tengah baca buku Islamic, ada yang tengah baca Al-Quran dan ada yang tengah baca lecture notes. Di suatu hentian, ada beberapa orang pemuda dan pemudi masuk. Seorang sahabat terdengar perbualan mereka “muslim kalau ada masa lapang, mesti akan baca Al-Quran. Tak pun membaca buku” (ni version yang sahabat ana tu ceritakan pada ana).


Itulah 3 kisah yang berlainan…latar masa yang berbeza…latar tempat juga berbeza…tapi membawa mesej yang sama insyaAllah…


Being a muslimah, wearing hijab, meaning we bring image of Islam wherever we go…selain taat pada perintah Allah, memakai hijab juga bererti kita membawa nama dan imej Islam bersama. We shouldn’t take it for granted, because every single thing we did, will be judged by people especially the non-muslims. Risau dan bimbang juga, andai perlakuan, sikap, atau kata-kata kita bawa fitnah pula pada Islam. Sebab tu, perlu berhati-hati dalam setiap tingkah laku, perbuatan atau percakapan. Kata-kata menarik untuk di-muhasabah bersama:


“IMAN itu bukanlah angan-angan dan juga bukanlah perhiasan…tetapi adalah sesuatu yang terpahat dalam HATI dan diterjemahkan dengan AMAL”


Teringat juga kata-kata seorang ukhti semalam “akhlak itu cerminan iman seseorang” . InsyaAllah, kalau segala ketaatan di tundukkan kepada Allah dan kita berusaha untuk memperbaiki iman kita, segala-galanya akan diterjemahkan melalui amal dan akhlak. Tapi, kita kenala mujahadah sikit untuk memiliki akhlak yang mulia =).


May everything we did portray the right and true way of practicing Islam. Moga akhlak kita – perbuatan, sikap, percakapan etc. – tidak mengundang fitnah kepada Islam.


oh Allah, guide us to the right path…

Sunday, October 28, 2007

..::Kenapa Aku Di Sini::..

salam...
again...ari sabtu hari tu ada sesi usrah lagi...insyaAllah usrah terakhir for this semester...will be missing them..

for our last meeting, naqibah asked us to write a sajak entitled "kenapa aku di sini"...huh, dengar je terus rasa cuak...ana memang la tak berbakat dalam bab menulis ni...apatah lagi sajak ke puisi ke pantun ke...memang tak ada bakat sastera dalam diri ini....i thought i will never finish it until saturday night...tapi, alhamdulillah bila duduk diam seketika, pikir semula "kenapa aku di sini"...alhamdulillah, berjaya siapkan dalam masa yang agak cepat...never expect it would be that easy...insyaAllah, kalau menulis dari hati, ia tak perlu amik masa yang lama...itu kata naqibah ana la...but, again ana memang tak berbakat dalam bab sastera ni...so, tak dela best mana pun sajak ana compare dengan yang lelain...sajak ana simple and easy to understand...tapi tak kisah la...yang penting ana tahu dan yakin, semua orang menulis dari hati yang ikhlas...setiap sajak berjaya menyentuh hati ini...=)

Kenapa Aku Di Sini

Hari ini seperti minggu-minggu yang lepas…
Aku menghadiri usrah lagi…
Sudah menjadi kemestian…
Sudah menjadi rutin mingguan ku…
Hingga kadang-kadang aku…
Datang hanya sekadar menurut arahan naqibah
Datang hanya sekarang berjumpa teman-teman se-usrah
Datang hanya sekadar belajar tafsir al-Quran
Datang hanya sekadar mendengar peringatan
Lupa matlamat as
al…


Kenapa aku di sini??
Kerana ikutkan kawan kah???
Kerana tak mahu tinggal keseorangan kah???
Atau kerana simpati pada ajakan kakak-kakak???


Ku imbas kembali detik-detik awal aku di jalan ini…
Aku tak selaju kawan-kawan ku yang lain…
Mereka lebih awal mendapat kesedaran itu …
Namun…syukur ya Allah…
Telingaku tidak dipekakkan…
Mata ku tidak dibutakan…
Hati ku tidak digelapkan…
Syukur ya Allah…
Aku masih boleh mendengar seruan itu…
Aku masih boleh melihat jalan itu…
Aku masih boleh menilai jalan itu…


Kerana aku mengimpikan pertemuan dengan Mu
Kerana aku rindukan syurga Mu
Kerana aku mengharapkan syahid di jalan Mu
Akhirnya jalan itu ku pilih…


Kerana cinta ku pada Mu ya Rabb
Kerana kasih ku pada Rasul Mu
Kerana sayang ku pada ummat Muhammad…
Kerana dakwah perlu diteruskan……
Kerana jahiliyyah masih betebaran…
Kerana daulah islam masih belum tertegak…
Kerana khalifah masih belum kembali…
Kerana empayar islam masih belum meluas…
Kerana al-kafirun masih menguasai dunia…
Kerana diriku perlukan perubahan untuk mengubah ummah....
Maka kerana itu...
aku berada di sini pada hari ini...


Wednesday, October 24, 2007

happy birthday mama

Yesterday (23 oct) was my mom’s birthday…exactly after one month of my birthday

selamat ulangtahun kelahiran yang ke-51 buat mamaku…semoga usiamu diberkati-Nya…Semoga dipanjangkan umur untuk terus beramal pada-Nya…

alhamdulillah…alhamdulillah…alhamdulillah…pada usia ana sekarang, Allah masih memberi peluang merasai nikmat kasih sayang dari seorang ibu…kekadang benda macam ni kita take for-granted…tapi bila kita dengar ada orang yang dah kehilangan ibu baru kita sedar betapa beruntungnya diri ini…baru rasa bersyukurnya pada Allah atas nikmat ini…



For me, she is a wonderful woman I ever know…she thought me so many things in a very meaningful way…mama tegas di sebalik kelembutan…mama pemaaf di sebalik kemarahan…mama pendengar yang baik juga pencerita yang baik…the way u treat me, make me feel I am important in your life…


Tiba-tiba teringat kenangan bersama mama…masa kecik-kecik dulu akak memang sangat noti kan mama?hmm…mungkin mama pun penat dengan akak…mama dari dulu sampai sekarang memang sangat mementingkan aspek pelajaran dan agama…


Dulu masa kecik-kecik akak dan adik memang selalu kena tinggal berdua kat rumah sebab mama dan abah pergi kerja. Walau mama kerja, tapi terasa macam mama ada kat umah je..almost every 1hour mama akan call umah, to make sure that kitorang belajar…bukan tengok tv atau pergi main kat luar…tapi diri ini sangat noti…biasanya akak akan pergi main dekat luar dan bila phone bunyi baru kalut masuk umah untuk angkat phone. Bila dah petang sikit, agak-agak mama dah on the way nak balik umah, baru akak masuk umah baca buku…tapi bukannye boleh concentrate, sebab dalam hati tak sabar nak sambung main dengan kawan-kawan. Biasanya mama hanya benarkan kitaorg keluar main 1 jam je sehari. Sebelum maghrib dah kena masuk mandi. Maka di tepi tingkap dapur mama akan menjerit “kakak…adik…balik…”. sian mama…bila dah banyak kali jerit baru kitaorg balik…


Malam pula, memang mama tak bagi kitaorg tengok tv. Cuma boleh tengok certain cerita dan program je…so malam memang kena quarantine dalam bilik…mama akan selalu masuk dan buat spot check. Kadang-kadang mama teman akak belajar sekali…tapi mama selalu tertipu dengan akak…sebab biasanya, akak akan selitkan komik dalam buku pelajaran. So mama, selalu ingat akak belajar, tapi sebenarnya tengah baca komik…huhuhu…noti sungguh diri ini…


Itu kisah zaman kecik-kecik…bila dah besar sikit lain pulak ceritanya…seperti biasa, mama akan call untuk buat spot check..bila dah besar ni, lain pula aktiviti akak…akak dah tak keluar umah dah, tapi dok kat umah pun bukan belajar, tapi tgk drama tv..huhuhu…bila dah dengar bunyi kereta je, cepat-cepat turn off tv dan masuk bilik buka buku…tapi hati tak tenang, sebab dok teringat apala ending cerita tu…tak sabar nak tunggu episode yang esok..huhuhu…


Malam pula, seperti biasa, mama akan masuk bilik untuk monitor kitaorg belajar..akak sangat terharu dengan pengorbanan mama. Akak ingat lagi masa akak study untuk pmr. Mama temankan akak sampai mama tertidur dalam bilik akak. Pernah juga, mama nak ajar akak bangun awal pagi dan belajar. Bila akak bangun je, dah ada milo dan biskut atas meja study akak…mama buatkan supaya akak tak mengantuk…im so touched…dan setiap kali akak exam desar pula, mama akan ambil cuti dan akan baca yasin dan solat hajat masa peperiksaan sedang berlangsung…how sweet you are…


Dari kecik lagi, mama dah ajar akak untuk jadi orang yang independent dan tak menyusahkan orang…dari sekolah rendah lagi, mama dah ajar akak masak, basuh baju sendiri, dan iron baju sendiri…walau dulu akak liat juga nak buat kerja umah..selalu je mama berleter…masa tu memang ‘hot’ juga…sebab kawan-kawan akak yang lain semuanya mak diaorg buatkan…tapi, hari ini, akak bersyukur…akak nampak kepentingan semua ajaran mama tu…


Bila akak dah masuk mrsm, lain pula ceritanya…nampak la mama risau nak tinggalkan akak kat asrama…yela sepanjang 15 tahun akak hidup kat rumah…tiba-tiba kena duduk asrama…semua benda mama siapkan…mama la yang packing, mama la yang sibuk list kan barang-barang yang perlu beli…even, mama jugak la yang pasang cadar akak masa masuk asrama tu..lawak pun ada…dah cakap dah akak boleh buat…bukan tak biasa buat kat rumah…tapi mama nak gak tolong pasangkan…rasa tiba-tiba di layan seperti budak-budak..hehe…tapi itulah tanda sayang mama…masa masuk mrsm tu mama dan abah bagi akak handphone (illegally…hehehe)..almost every night mama call…bila mama call, mula la rindu kat umah…memang minggu pertama tu horror gak la…sampai mama risau dan mama siap tanya “kakak ok ke ni…nak balik umah ke??kalau nak mama nak suruh abah uruskan tukar sekolah” . minggu ke-2 tu mama datang melawat, tapi masa nak balik, akak tak tahan la pula, ternangis…(manja nyee diri ini…) lepas tu akak malu ngan mama, terus lari masuk bilik…mama punya la risau, sampai balik tu adik yang kena drive kete sebab mama pening kepala fikir pasal akak..sian mama…


Bila dah besar-besar ni, mama treat akak as a friend..bila akak balik umah je…maka kita akan buat bed time story…kita saling tukar cerita…akak bagi pendapat sbg seorang remaja dan mama bagi pendapat sbg seorang yang pernah melalui zaman remaja..semua benda kita kongsi…sampai cite mama gaduh ngan abah pun mama cite..hihihi...kekadang tu kelakar gak sebab mama minta pendapat akak cmana nk treat abah...sbb mama tau perangai akak ngan abah sama je...hehehe...even kawan-kawan rapat akak pun selalu warning “hang jgn cerita kat mak hang lak…nanti malu kalau jumpa mak hang” hehehe….tapi lama-lama diaorg pun tak kisah sebab diaorg tahu mama akan bagi nasihat yg terbaik untuk diaorg…I miss our bed time story time…=(

akak ingat lagi pesan-pesan mama sampai sekarang:


Masa sekolah rendah mama selalu pesan: “akak kena belajar sungguh-sungguh..buktikan pada semua yang pandang rendah pada awak. Tak semestinya awak sekolah agama, awak tak boleh berjaya..buktikan awak dapat both dunia dan akhirat”..sebab makcik-makcik ana selalu condemn kitaorg sebab kitaorg sek agama private dan bukan sek. kerajaan.


masa akak masuk mrsm mama cakap… “kalau nak jadi orang yang berjaya, akak kena berkorban. Kejayaan takkan datang dengan senang. Kejayaan yang diperoleh dengan kesusahan itu lebih bermakna”


masa masuk intec… “mama yakin akak boleh buat…akak dah lepasi banyak level. Dan akak kena buktikan, budak-budak sek agama juga boleh Berjaya sampai pegi overseas”


bila datang oz… “mama gembira sangat akak dah berjaya pergi oz, teruskan kecemerlangan. Jadi kan penghijrahan ini sesuatu yang bermakna. Mama doakan semoga penghijrahan akak ke sana, memberi kejayaan dunia dan akhirat buat akak”

bila setiap kali call mesti mama akan pesan benda yang sama "jangan tinggal solat, selalu bangun malam buat solat tahajjud dan hajat...jangan lupa baca quran, sikit pun xpe...janji kita buat dan tak pernah tinggal..."

hmm…banyak lagi kata-kata mama yang masih segar di ingatan akak….akak rindu mama…=(

akak yakin Allah akan sentiasa melindungi mama, kerana Dialah sebaik-baik pelindung…Moga Allah sediakan buat mama dan abah tempat di Syurga-Nya…akak doakan semoga Allah memberi pengakhiran yang baik buat kita semua…amen…


Thursday, October 18, 2007

~ sekalung doa ~



Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim
Engkaulah yang Maha Pengasih
Engkaulah yang Maha Penyayang
Kepada Mu aku merayu
Kepada Mu aku mengadu
Betapa ku mengaku terlalu luas rezeki yang Engkau curahkan
Terlalu banyak nikmat yang Engkau limpahkan
Mataku, telingaku, mulut dan lidahku
Sepasang tanganku, sepasang kakiku
Nyawaku, nafasku, hati dan perasaanku
Malah setiap helaian rambutku adalah nikmat dari Mu,Tuhanku
Lantas keagungan dan kemurahan Mu,
Kelembutan dan kecintaan Mu
Menuntut syukur yang tiada bertepi dariku
Namun aku mengaku juga Tuhanku
Betapa gersang hatiku daripada mensyukuri Mu
Betapa kontang lidahku daripada menyebut nama Mu
Betapa angkuh tubuhku melanggar hukum Mu
Betapa sombong jiwaku melupakan Mu
Betapa lemasnya aku dihanyutkan ombak maksiat terhadap Mu
Maka di sinilah kini aku sebagai hamba Mu
Melutut merayu keampunan Mu
Melutut merayu kasih sayang Mu
Ku tadahkan kedua tapak tanganku ini buat Mu ya Allah
Biarpun ku sedar betapa telah
Ku cemarkan ia dengan kemurkaan Mu
Ku tundukkan wajahku ini di hadapan kebesaran Mu
Biarpun ku tahu betapa telah ku kotorkan ia
Dengan pandangan yang mengundang kebencian Mu
Tetapi tiada tempat lain untukku mengadu
Tiada siapa untukku mohonkan pengampunan
Tiada siapa ku harapkan kecintaan
Melainkan pada Mu
Ya Allah,
aku telah banyak menzalimi diriku sendiri
Andai kata dosa-dosaku tidak Engkau ampuni
Andai kata aku tidak Engkau rahmati dan kasihani
Nescaya termasuklah aku
Di dalam golongan hamba-hamba Mu yang rugi
Jadikanlah cinta kepada Mu itu
Cinta yang paling agung di dalam hati ini
Janganlah Engkau biarkan jiwa ini
Terus keras dikuasai nafsu syahwani
Lantaran terlalu takutnya aku akan kemurkaan Mu
Terlalu gerunnya aku terhadap azab Mu
Jadikanlah rindu kepada Mu itu hiasan utama dalam hidupku
Agar dapat ku rasakan manis menghambakan diri kepada Mu
Bagaimana dapat ku susuri hidup yang singkat ini
Andai Engkau biarkan aku tercampak jauh Dari cinta Mu yang suci
Aku ini hamba Mu yang lemah, ya Allah
Tiada daya dan tiada upayaku
Kecuali dengan bantuan dari Mu
Tiada pedoman untukku hidup di dunia ini
Kecuali hanya dengan hidayah dan petunjuk Mu
Anugerahkanlah aku jalan yang lurus Tuhanku
Janganlah Engkau pesongkan hatiku
Setelah Engkau kurniakan hidayah Mu padaku
Jadikanlah aku hamba Mu Yang berkejaran mendapatkan redha Mu
Jadikanlah aku hamba Mu Yang istiqamah menyusuli sunnah rasulMu
Jadikanlah aku hamba Mu Yang soleh melaksanakan perintah Mu
Jadikanlah aku hamba Mu Yang dinaungi perlindungan Mu
Jadikanlah aku hamba Mu Yang merendah diri di hadapan ketinggian Mu
Berkatilah rezekiku yang telah Engkau curahkan
Agar dapat ku rasa cukup Dengan apa yang Engkau tetapkan
Berkatilah ilmuku yang telah Engkau anugerahkan
Agar dapat ku mengamalkannya
Dalam melaksanakan ketaatan
Berkatilah usiaku dan umurku Yang telah Engkau peruntukkan
Agar dapat ku siapkan diriku
Untuk bekalan di Hari PembalasanYa Allah,
berkatilah seluruh keluargaku
Agar dapat ku rasakan ketenangan kasih dan sayang
Hidup di atas muka bumi MuYa Allah, hidup dan matiku
Adalah kerana Mu dan hanya untuk Mu
Nyawaku, nafasku, jiwaku, Degupan jantungku, aliran darahku
Segala yang Engkau titikkan padaku
Ku serahkan hanya untuk MU
Engkaulah yang Maha mengetahui
Segala rahsia diriku, zahir dan batinku
Ampunkanlah kesalahan-kesalahanku
Hapuskanlah dosa-dosaku
Padamkanlah kotoran-kotoran Yang masih ada pada diriku ini
Sucikanlah hatiku, lembutkanlah jiwaku
Tinggikanlah darjatku
Kurniakanlah kepadaku
Segala kebaikan di Dunia,segala kebaikan di Akhirat
Lindungilah aku dari siksa api neraka MuTuhanku,
aku pasrah kepada Mu

Wednesday, October 17, 2007

.....

hmm..tak tahu camna nak describe perasaan ana pada saat ini...Ya Allah, pimpinlah langkah ku...beri petunjuk-Mu dalam setiap keputusan yang akan aku buat...Ya Allah...perkuatkan diriku..teguhkan iman ku...

"Hanya kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku"

Monday, October 15, 2007

syawal oh syawal...

hari kedua syawal juga penuh dengan kenanganan pahit dan manis..penuh dengan mehnah...penuh dengan tarbiyyah (every single thing happen in our life juga adalah tarbiyyah dr Allah...=))

hari kedua, hampir semua akhwat di sini diserang diarrhea, termasuk diri ana sendiri. tp tak se-severe orang lain.ada yang teruk juga. tp alhamdulillah by petang hari raya ke-2 tu semua sudah pulih seperti sedia kala. penyababnya adalah kuah kacang. sebagai ameerah department kuah kacang, ana rasa sangat sedih dan bersalah. i think we did our best, tp itu yang dah tertulis. harap semua redha dengan apa yang berlaku. moga ia jadi kafarah dosa buat kita semua. mungkin juga kenangan aidilfitri yang tak akan luput dari ingatan kita. sekali lagi, maaf atas kesulitan yang timbul...

hari kedua syawal, selepas zohor, ana dan beberapa orang lagi akhwat pergi beraya ke rumah sahabat kami nun jauh di ujung city menaiki kereta merah bersama. elok-elok sampai di sana, temperature kereta naik sikit. so lama jugak kitaorg beraya di situ. dalam 2 jam macam tu. alhamdulillah, temperature kereta dah kembali kepada normal. plan asal nak singgah di rumah ana seketika. on the way ke rumah ana, temperature kereta tu naik dengan sangat tinggi. alhamdulillah, selamat sampai ke rumah ana. maka, kami berlima berjalan kaki dengan berbaju raya pergi ke supermarket untuk mencari coolen. setelah berehat seketika, kami menyambung kembali perjalanan ke city. sampai di city kami tukar kereta. kami pinjam van bersama kerana perlu menguruskan urusan pengembalian barang-barang yang dipinjam untuk memasak pada malam raya yang lepas. sambil singgah ambil dan pulang barang, kami mengambil kesempatan itu untuk beraya dan melawat sahabat-sahabat yang kena diarrhea. adalah dalam 2 ke 3 umah kitaorg singgah. destinasi seterusnye ke rumah ukhti H. lama juga kami singgah di sana. sebab solat isya' dan mengemas barang-barang sikit. dalam pukul 10mlm bru kami bergerak pulang. ana sangat terkejutla, nape tingkap van kami tak ditutup. rupa-rupanya ada orang pcah masuk van kami. astgahfirullah...muka masing-masing dah cuak, terus masuk dalam van dan kunci van. bila di periksa, pencuri telah mangambil sweater yang ana baru beli dan beg ukhti I. sian ukhti I sebab dalam tu ada skirt dan notes dia. dahla exam nak dekat.alhamdulillah..si pencuri tidak mengambil barang-barang lain yanga da dalam van itu. masa tu ada beberapa blender dan periuk nasi. again tarbiyyah dari Allah..

perjalanan di teruskan lagi...kami singgah di rumah ukhti A seketika sebelum ke destinasi akhir kami iaitu di henraf...masa ni semua dah kelaparan..last time makan pukul 2ptg. masa sampai di situ dah pukul 11mlm. alhamdulillah..memang rezeki kami. ahlul henraf baru masak bubur nasi masa tu...jazakillah atas layanan yang diberi...sangat-sangat terharu...especially to ukhti R.kerana memberi duit raya..amount tak penting yang penting ingatan...comel la ukhti R ni...hehehehe...kemudian, ukhti I hantar kitorg semua balik. pukul 12mlm bru ana sampai rumah....begitulah perjalanan hidup pada hari ke-2 syawal...

sangat menarik la syawal tahun ni...penuh dengan kenagan pahit dan manis..juga penuh dengan tarbiyyah...bagi diri ana, apa yang berlaku sepanjang hari kedua syawal tu, sebenarnya ujian dari Allah untuk menguji kesabaran...untuk menilai diri ana sejauh mana tarbiyyah madrasah ramadhan itu berjaya mendidik jiwa ana untuk sabar...malam tu juga ana terasa kemanisan ukhuwah sesama kita...terasa perasaan kebersamaan itu...jazakillah untuk ukhti I, ukhti F dan ukhti A atas kenangan pengembaraan bersama...may Allah streghten our ukhuwah and may it ends in jannah...

alhamdulillah...alhamdulilllah..alhamdulillah...kepada Allah atas nikmat rasa kebahagiaan yang ana rasa pada saat ini...moga perasaan ini tidak menjadikan ana lalai dan kufur..nauzhubillah...

Sunday, October 14, 2007

1 syawal 1428 H

alhamdulillah...masih dibangunkan pada pagi syawal yang kedua. kali ni adalah kali kedua ana merayakan syawal di bumi oz ni...juga kali kedua beraya tanpa family di sisi..walaupun begitu, kemeriahan tetap terasa dengan kehadiran sahabat-sahabat di sini...

syawal tahun ni pada ana, sangat menarik...penuh dengan tarbiyyah...bukan setakat syawal sahaja, masa ramadhan lagi terasa tarbiyyah itu...ujian demi ujian mendatang, namun kami di sini, sabar dan redha menghadapi nya...insyaAllah...

tidak seperti tahun lepas, kami sembahyang terawih di mph. di sana lebih selesa dan dekat untuk semua orang. tapi, ada masalah dalaman dengan pihak pengurusan, maka kami mengambil keputusan untuk solat di uni dan 2 atau 3 kali seminggu kami akan sewa hall. alhamdulillah, dengan kekuatan dari Allah tanggungjawab untuk memberi tazkirah selepas solat terawih di hall berjaya ana laksanakan. tarbiyyah untuk diri sendiri juga. tajuk yang ana kena bentangkan tu lebih kurang pasal: if we want to change the ummah, we must take action. we must play a role as a muslim. we cant be passive!! yee...mentarbiyyah diri untuk take action or part dalam usaha mengubah ummah. i must start from myself. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu mengubahnya sendiri. semoga Allah terus memberi kekuatan dan meneguhkan langkah ku dalam usaha mengubah ummah ini...ameen...begitulah ceritanya di bulan ramadhan.

syawal tiba...kali ni ana diberi another tanggungjawab iaitu kena memasak kuah kacang.walau tak pandai nak masak kuah kacang apatah lagi untuk orang ramai, tapi apabila tugasan dah diberi maka perlu melaksanakan ianya sebaik mungkin...a bit worried sebab kena masak untuk ramai orang..tp alahamdulillah dan jazakillah untuk ukhti K yang banyak membantu...juga buat yang lelain..moga Allah memberi kebaikan atas pertolongan kalian...bukan itu sahaja...ana juga telah diberi tanggungjawab untuk berlakon pada pagi syawal itu. for certain people it looks simple, but for me, memang mujahadah sungguh-sungguh, walaupun kena berlakon satu scene je...huhuhu...takut betul tergelak...alhamdulillah...berjaya control diri supaya tak tergelak...

syawal juga datang dengan tarbiyyah...perancangan awal, kitaorg akan sambut raya di mph, dah minta untuk book dari awal lagi..tapi last minute which is a day before raya pihak pengurusan tak approve..sabar je la...tp alhamdulillah, Allah helps us. jadi, kami ubah plan dan merayakan syawal di islamic council (IC). alhamdulillah...segala-galanya berjalan dengan lancar. namun ana sangat kesian dengan team yang membuat video. pelbagai mehnah yang di hadapi semasa usaha menyiapkan video. sampai tak tido sumenya...alhamdulillah, segalanya berjaya ditempuhi juga. sunnguh seronok dapat berkumpul, makan sama-sama, dan bertukar-tukar cerita bersama-sama akhwat yang lain. baru je program nak bermula, ana diminta untuk amik beberapa orang di malaysian hall. maka bersama ukhti A, meredah ke'busy'an city ke sana untuk pick up orang. bila sampai di sana, mereka sudah pun on the way balik ke city menaiki public transport..again menguji kesabaran. tapi ana tak kisah..menarik juga mendengar cerita ukhti A sepanjang perjalanan itu..maka terlepasla sesi tazkirah pagi itu...samapi di IC orang semua dah makan. so join makan sekali...ada beberapa persembahan yang menarik..

syawal kali ni lebih sweet sebab akhirnya terbongkar siapa secret ukhti ana. sepanjang ramadhan, setiap orang diberi secret ukhti. setiap harus memberi sesuatu kepada secret ukhtinya, tak kirala nota ke, hadiah ke...kira cam secret admire la...sangat terharu bila dapat tahu secret ukhti ana adalah ukhti AH.. sangat-sangat tak expect!! (nama pun secret, memangla unexpected)...hehehehe...she gaves me a necklace...sangat cantik..paling menarik...pada suatu hari tu ana dapat plaster dari dia, dan ana sangat-sangat terharu sebab masa tu tangan ana luka...masa tu memang eager la nak tahu...memang meneka-neka siapakah orang yang realise tangan ana luka..huhuhu...sebab tu masa dah reveal ana terkejut sebab ana expect orang lain..hehehe..apa-apa pun jazakillah ukhti...memang dah jodoh agaknya, masa hari tu ana pakai baju hijau dan kebetulan, kotak necklace yang dia beri tu pun color hijau...bukan tu je kad yag di beri pun color hijau...sweetnyeee...ana seronok sangat tengok suasana masa tu...sume orang bergembira..tak kira junior mahupun senior...sume nampak happy...terasa kemanisan ukhwah itu...may our ukhwah end in jannah...


to be continued....

Thursday, October 11, 2007

A meeting with Allah



subhanallah...subhanallah...subhanallah...
Ibn al-Qayyim’s beautiful description of Paradise...
sangat-sanagat best...
first time dengar memang sangat tersentuh...
may Allah guide us to the right path..
may we be one of the ahlul jannah...
insyaAllah...

Wednesday, October 10, 2007

it almost gone....

salam...
pejam celik, ramadhan cuma tinggal beberapa hari saja lagi...sungguh cepat masa berlalu...semoga ini adalah ramadhan yang terbaik pernah ana lalui...semoga tarbiyyah ramadhan ini berjaya memberi bekalan yang secukupnya untuk menempuh sebelas bulan yang akan datang.

semalam masa terawih, imam tu baca sangat slow dan mendayu-dayu. tidak seperti biasa. mungkin sebelum ni dia agak rush untuk menghabiskan 30 juzuk untuk ramadhan ni...alhamdulillah dia dah berjaya abihkan 30 juzuk...=)

suasana semalam buat ana rasa sangat sayu...rasa sedihnya ramadhan akan berakhir. dan bertambah sedih bila bangun pagi ni, rupa-rupanya yesterday was my last day of fasting for this year...=( . rasa banyak nya lagi tak buat. aim for ramadhan kali ni memang tak tercapai. Ya Allah, terimalah amalan-amalan ku dan berilah keampunan kepadaku.

"Jibril mendatangiku seraya berkata; “Barangsiapa yang mendapati bulan Ramadan, lantas tidak mendapat ampunan, kemudian mati, maka ia masuk Neraka serta dijauhkan Allah (dari RahmatNya)” Jibril berkata lagi, "Ucapkan Amin". Maka kuucapkan"Amin" "

Nauzhubillah...moga ana dan sahabat-sahabat yang lain tidak jatuh dalam golongan di atas. rugi dan sia-sianya hidup ini. puas mujahadah, tapi endingnya neraka. Ya Allah berilah pengakhiran yang baik buat kami. Matikanlah kami sebagai pejuang agama-Mu

Buat sahabat-sahabat yang lain...semoga sisa-sisa ramadhan yang tinggal ini, digunakan dengan sebaik mungkin...fully utilized masa yang ada!!

Tuesday, October 9, 2007

..:: REDHA ::..

"Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga 'Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah redha terhadap mereka dan mereka pun redha kepadaNya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Tuhannya. "
[Al-Baiyyinah:8]

Kita hanya akan redha dengan segala ketentuan Allah hanya setelah datangnya keredhaan dari Allah. kekadang terfikir, betul ke selama ni aku redha dengan segala ketentuan-Nya. andai benar, mengapa kadang aku masih terfikir-fikir dan tertanya-tanya kenapa benda ni dan benda tu terjadi? andai benar aku redha pada segala ketentuan-Nya, mengapa aku masih ragu-ragu dengan keputusan yang dibuat? andai aku benar-benar redha dengan segala ketentuan-Nya, mengapa kadang-kadang hati masih belum tenang dan lapang? di bibir senang untuk meluahkan kita redha dengan apa yang berlaku. tapi, amat sukar bagi hati untuk benar-benar redha dengan segala ketentuan Ilahi.

Ya Allah, berilah keredhaan Mu kepada ku...
dan ajarkanlah aku untuk redha kepada Mu...

Saturday, October 6, 2007

rindu abah


alhamdulillah..abah dah selamat kembali dari Makkah. since this is the first time dia pergi, dia memang sangat excited la cerita pengalaman kat sana.walau tak samai lagi ke sana, tp masa abah call dari sana hari tu, terasa sangat tenang dan terbayang-bayang keadaan kat sana.seronok sangat dengar cerita-cerita abah...rasa nak balik mesia dan peluk abah..tiba-tiba je rindu abah sangat-sangat...

~ masa raya korban 2005 ~

abah mungkin tak sehebat abah orang lain, tp abah sangat unik dan istimewa bagi akak. dari kecik lagi akak memang selalu ikut abah.ke mana je abah pegi mesti akak ikut. sampai sekarang kawan-kawan abah selalu ungkit kisah akak masa kecik-kecik dulu. bila jumpa je ada la kawan abah yang akan kata "oh..ni la anak hang yang ikut kita p.....". dialog yang sama akan keluar again n again. bila dah besar sikit, walau kita jarang communicate, tp abah faham perasaan akak dan akak pun seolah-olah dapat baca fikiran abah...subhanallah betapa unik dan istimewanya anugerah Allah atas pertalian darah ini...

masa kecik-kecik dulu, subuh lagi akak dah bangun. sebab nak ikut abah g breakfast kat warung. lepas tu, dok la situ tunggu abah sembang ngan kawan-kawan abah.

masa kecik-kecik dulu, akak selalu ikut abah g kerja. bila je abah kena wat keje luar spt pergi court, mesti abah akan singgah umah untuk ambil akak. masa abah dalam court akan tunggula dalam kete sensorang.huhuhu..kekadang ada staff abah yang jaga...hehehe..sabar je diaorg melayan akak. malu gak bila dah besar ni jumpa diaorg. ada je benda yang diaorg cerita kan semula...huhuhu...

seingat akak, abah susah nak marah akak n adik. seingat akak ada 2 kali je abah pernah marah akak. yang 1st tu sbb akak rosakkan pen abah yang mahal pastu akak sembunyikan (noti sungguh diri ini..hehehe). abah marah sbb akak xnak mengaku perkara yang sebenar dan tak nak mengaku salah (baru akak sedar,betapa sweet nye cara abah mengajar akak). 2nd time tu abah marah sebab akak berpakaian sekolah n terpacak depan shopping kompleks. masa tu akak darjah 6. baru habis class tambahan, sementara nak tunggu abah datang amik kat stesen bas, akak temankan kawan akak g pj plaza.tp akak x masuk, akak duduk luar je. ada kwn abah nampak kot. pastu abah marah. akak ingat lagi abah kata "abah tak suka anak abah melepak kat luar shopping kompleks". masa tu akak hot jugak. yela, bukan akak buat pape pun. tunggu kawan je...tp bru akak sedar, abah nak ajar akak jadi perempuan yang maruah.

dulu masa lower form akak kena naik beskal pergi sekolah. so, bila hujan je susah la akak nak g sekolah. kalo hujna renyai2 xpela. tp kalo hujan lebat mmg susah. akak sgt noti dulu. selalu gak cari alasan xnak g sekolah sbb hujan walaupun hujan renyai2. maka abah pun akan rush la balik umah untuk hantar akak g sekolah.sian abah...

abah sentiasa tahu macam mana nak appreciate diri akak. u rarely buy me a present for my birthday cause u know what is the best present u can give to me.akak ingat lagi masa hari result pmr keluar. walau xdela dpt semua A, tp alhamdulillah result bole kira baik la jugak.bila akak call cakap result, akak bole dgr suara happy abah. terus abah amik cuti. bila akak balik, abah dah sampai kat umah. terus abah peluk, cium n nangis sbb happy.that is the best present!!

akak ingat lagi masa akak dapat tawaran masuk mrsm. masa tu akak rasa berat nak pegi. abah tau kenapa akak rasa berat dan abah pujuk akak elok-elok. dengan izin Allah, maka akak pun masuk mrsm.

akak ingat lagi masa akak merajuk sebab mama n abah dah jarang lawat akak kat mrsm (baru 2 ke 3 minggu x lawat..manja betol..huhu...). masa tu adik pun baru masuk mrsm. so banyak focus dekat adik la. memang hampir sebulan akak x messege and call. mama assume akak bz dgn study. tp abah dapat baca perasaan akak.

akak ingat lagi apa yang jadi masa form 4. akak keluar dengan kawan-kawan lama. so diaorg ajk tengok wanyang. masa tu takut sangat nak minta izin abah. bila cakap je nak tgk wayang tros abah tanya "ngan kawan laki-laki ke pompuan". akak jawab "pompuan. bole tak abah?". walao byk jugak bersoal jawab. tp akhirnya lepas juga g tgk wanyang. tp balik tu mmg kena perli la dgn abah. "awat, xleh beli cd ke?". sejak dr tu je, abah mmg selalu beli cd cetak rompak.hehehe...baru akak sedar, nape abah buat macam tu.

akak sangat terharu dgn apa yang berlaku masa hari arwah tokwan meninggal. masa tu akak kat s.alam. tokwan meninggal pukul 2pg. kol 9pg bru makteh sekeluarga dan akak sampai umah. masa tu x sempat jumpa abah. akak terus je masuk umah n duduk kat dapur. masa abah nak prepare untuk mandi jenazah, baru akak nampak abah. akak baru nk salam abah, tp abah terus peluk akak dgn erat n nangis kat bahu akak.abah kata "skrg abah dah xde ayah, abah dah jadi yatim piatu" maklang, mama,n chu yang ada kt situ pun terkejut. akak lagila terkejut. sampai speechless. yang mampu akak buat, balas pelukan abah dgn erat. moga abah faham akak akan sama2 tanggung kesedihan abah. alhamdulillah, abah cepat tenang kembali. lepas segala urusan selesai, mama pun buka cerita. mama kata sejak abah bawa balik jenazah tokwan dr hospital masa subuh tu, abah xcakap papepun kat mama. juz bg arahan suruh buat apa. sbb tu mama pun terkejut bila dia nangis kat bahu akak. rasa terharu. seolah-olah abah beri kepercayaan utk sama2 tanggung kesdihan abah. abah, u dont have to say anywords. tindakan abah cukup buat akak terharu.

waa....dah tak anggup nk menulis...rasa sayu...n bertambah rindu....

"Ya Allah, abahku ini banyak berbuat baik padaku dan keluarga kami, maka terimalah amalannya dan berilah kebaikan buatnya. pimpin dan bantulah dia dalam melaksanakan tanggungjawabnya"

taubat

Oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin

Taubat adalah kembali dari bermaksiat kepada Allah menuju ketaatan kepadaNya.
Taubat itu disukai oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.

“Artinya : Sesunguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri” [Al-Baqarah : 222]

Taubat itu wajib atas setiap mukmin


“Artinya : Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya” [At-Tahrim : 8]

Taubat itu salah satu faktor keberuntungan.

“Artinya : Dan bertaubatlah kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung” [An-Nur : 31]

Keberuntungan ialah mendapatkan apa yang dicarinya dan selamat dari apa yang dikhawatirkannya.

Dengan taubat yang semurni-murninya Allah akan menghapuskan dosa-dosa meskipun besar dan meskipun banyak.

“Artinya : Katakanlah, Hai hamba-hambaKu yang melampui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semunya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” [Az-Zumar : 53]

Jangan berputus asa, wahai saudaraku yang berdosa, dari rahmat Tuhanmu. Sebab pintu taubat masih terbuka hingga matahari terbit dari tempat tenggelamnya. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

“Artinya : Allah membentangkan tanganNya pada malam hari agar pelaku dosa pada siang hari bertaubat, dan membentangkan tanganNya di siang hari agar pelaku dosa malam hari bertubat hingga matahari terbit dari tempat tenggelamnya” [Hadits Riwayat Muslim dalam At-Tubah, No. 2759]

Betapa banyak orang yang bertaubat dari dosa-dosa yang banyak dan besar, lalu Allah menerima taubatnya. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.

“Artinya : Dan orang-orang yang tidak menyembah ilah yang lain berserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barangsiapa yang melakukan demikian itu, niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa (nya), (yakni) akan dilipat gandakan adzab untuknya pada
hari kiamat dan dia akan kekal dalam adzab itu, dalam keadaan terhina, kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal shalih ; maka mereka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” Al-Furqan : 68-70]

Taubat yang murni ialah taubat yang terhimpun padanya lima syarat.

Pertama : Ikhlas karena Allah Subhanahu wa Ta’ala, dengan meniatkan taubat tu karena mengharapkan wajah Allah dan pahalanya serta elamat dari adzabnya.

Kedua : Menyesal atas perbuatan maksiat itu, dengan bersedih karena Melakukannya dan berangan-angan bahwa dia tidak pernah elakukannya.

Ketiga :
Meninggalkan kemasiatan dengan segera. Jika kemaksiatan itu berkaitan dengan hak Allah Subhanahu wa Ta’ala, maka ia meninggalkannya, jika itu berupa perbuatan haram dan ia segera mengerjakannya, jika kemaksiatan tersebut adalah meninggalkan
kewajiban. Jika kemaksiatan itu berkaitan dengan hak makhluk, maka segera ia membebaskan diri darinya, baik dengan mengembalikannya kepada yang berhak maupun meminta maaf kepadanya.

Keempat :
Bertekad untuk tidak kembali kepada kemasiatan tersebut di masa yang akan datang.

Kelima : Taubat tersebut dilakukan sebelum habis masa penerimaannya, baik ketika ajal datang maupun ketika matahari terbit dari tempat tenggelamnya. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.

“Artinya : Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia mengatakan. ‘Sesungguhnya saya bertaubat sekarang” [An-Nisa : 18]

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

“Artinya : Barangsiapa bertubat sebelum matahri terbit dari tempat tenggelamnya, maka Allah menerima taubatnya” [Hadits Riwayat Muslim daalm Adz-Dzikir wa Ad-Du’a, No. 2703]

Ya Allah, berilah kami taufik untuk bertaubat semurni-murninya dan terimalah amalan kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

[Risalah fi Shifati Shalatin Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, hal. 44-45, Syaikh Ibn Utsaimin]

[Disalin dari kitab Al-Fatawa Asy-Syar’iyyah Fi Al-Masa’il Al-Ashriyyah Min Fatawa Ulama Al-Balad Al-Haram, edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Terkini-3, Penyusun Khalid Al-Juraisy, Penerjemah Amir Hamzah, Penerbit Darul Haq

~ semoga kita dapat guna kesempatan malam terakhir ramadhan ini untuk mendapat keampunan dan keredhaan dari Allah, insyaAllah.

muhasabah spring

hmm...cuti spring selama dua minggu dah berlalu...Alhamdulillah semalam telah berjaya diadakan muhasabah untuk spring break. seronoknye dengan cerita-cerita sahabat semua..it seems that they did so many thing, they achieved something valuable and a gain a very wonderful experience..rasa masih banyak lagi kekurangan dalam diri ini...rasa segala-galanya macam tak seimbang...rasa besar kepala, hati kecil dan kaki pun pendek...=(

Tuesday, October 2, 2007

dah 21 tahun???

alhamdulillah...ahamdulillah...alhamdulillah...
Allah masih terus memberi peluang kepada diri ini untuk hidup pada pagi 20 Ramadhan. bersyukur sangat-sangat kerana masih merasa nikmat di bulan Ramadhan ini...

pada tanggal 23 september yang lepas, genaplah usia ana yang ke-21. Alhamdulillah, pada usia ini, ana mula mengerti hakikat hidup sebagai seorang muslim. tak dapat nak bayangkan andai Allah tarik nyawa ini sebelum ana kenal jalan ini. bersyukur sangat-sangat.

hmmm...apa yang ana dah buat sepanjang 21 tahun hidup di bumi ni? ada ke sumbangan ana untuk ummah? hmmm...masih banyak lagi yang ana belum buat rupanya. semoga Allah panjangkan umur untuk terus beribadat dan beramal pada-Nya. moga-moga selama 21 tahun ini, ada sesuatu yang ana dah sumbangkan untuk Islam. semoga pertambahan usia ini juga seiring dengan pertambahan amal. semoga sisa-sisa usia yang tinggal sebelum nyawa ini di ambil, terisi dengan sebaiknya.

"Ya Allah, berkatilah usia ku. Berilah aku kesempatan dan kekuatan untuk terus beramal pada-Mu. Wahai Tuhan yang Maha Pemurah dan Penyayang, terimalah amalan-amalan ku selama hidup ku ini."

Sunday, September 30, 2007

Al-'Asr

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian..."
[Al-'Asr:1-2]

Today is the last day of spring break. bermakna sudah 2 minggu lebih Ramadhan berlalu. Rasa sekejapnya masa berlalu. What I have done? What I have achieved? Hmm…2 questions that comes to my mind at this moment. Rasa macam banyak lagi je benda yang ana tak buat dan tak tercapai. Masih ada matlamat dan perancangan yang belum terlaksana. Moga Allah terus beri kekuatan dan kesempatan untuk melaksanakan matlamat dan plan yang belum terlaksana itu.


Terisikah masa cuti itu dengan sebaiknya? Ya Allah, moga segala ibadah dan amal ku diterima Mu. Moga ia menjadi pemberat timbangan ku di akhirat kelak. Besarnya kerugian ku andai segala amalan itu sia-sia. Moga segala amal itu tidak menjadi seperti debu-debu yang berterbangan…

~ hati ~


Ya Allah...
dalam hati ini masih banyak lagi noda-noda hitam...
bantu aku Ya Allah...
bantu aku untuk membersihkannya..
hanya Kau tahu apa yg terpahat di hati ini...
bantu aku dalam mujahadah ku...
hanya Kau tempat ku bergantung harap...
bantu aku wahai Tuhan yang Maha Penyayang...

Tuesday, September 25, 2007

indahnya alam



Indahnya alam ciptaan Tuhan,
Alangkah damainya ditepian pantai
Disitu terserlah kebesaran-Mu
Ya Allah bagi mereka yang cinta pada-Mu

Indahnya langit tidak bertiang
Lautan luas terbentang
Fajar dan senja silih berganti
Semuanya tunduk dan patuh pada-Mu

Alangkah besarnya nikmat-Mu pada hamba di sini
Betapa hebatnya kasih-Mu
Inilah pujian kami pada-Mu
Subhanallah

Indahnya alam ciptaan Tuhan,
Alangkah damainya ditepian pantai
Disitu terserlah kebesaran-Mu
Ya Allah bagi mereka yang cinta pada-Mu

Indahnya langit tidak bertiang
Lautan luas terbentang
Fajar dan senja silih berganti
Semuanya tunduk dan patuh pada-Mu

Alangkah besarnya nikmat-Mu pada hamba di sini
Betapa hebatnya kasih-Mu
Inilah pujian kami pada-Mu
Subhanallah

Alangkah besarnya nikmat-Mu pada hamba di sini
Betapa hebatnya kasih-Mu
Besarnya nikmat-Mu pada hamba di sini
Betapa hebatnya kasih-Mu
Inilah pujian kami pada-Mu
Subhanallah

Indahnya bintang begemerlapan,
Meriahkan malam yang kesunyian
Mergastua warnai alam maya
Mengalunkan madah mengakui Kau Maha Besar
Kau Maha Besar
Kau Maha Besar
Kau Maha Besar
Ya.. Allah...

Monday, September 24, 2007


"Sesiapa yang mati sedangkan dia tidak pernah berperang (jihad) dan tidak pernah berlintas dalam dirinya untuk berperang (berjihad), maka dia mati atas satu cabang nifaq (kemunafikan)"
[Muslim]

Friday, September 21, 2007

another reminder

Hidup ini mesti bergerak,
bukan diam dan bukannya beku
Hidup adalah perjuangan
Akan berjuangkah orang yang duduk berpeluk tubuh?
Hidup adalah menikmati kelazatan susah
bukan bersedap-sedap dengan tidur nyenyak.

mengapa??


sahabat...
semalam kau dan aku kembali ke tempat itu...
tapi segala-galanya terasa sangat lain...
atau mungkinkah itu hanya mainan perasaanku???

di situ...suatu ketika dahulu...
kau, aku dan ukhti S ke situ untuk mencari ketenangan...
di situ...suatu ketika dahulu...
kau dan aku sangat rapat...
berpelukan menahan kesejukan...
sama-sama ketawa...
sama-sama serius...
mendengarkan kata-kata ukhti S
di situ...suatu ketika dahulu...
aku terasa kehangatan ukhwah itu...
aku terasa kasih sayang anugerah Allah itu...

tapi...semalam...
segala-galanya terasa lain...
terasa sangat kaku...
kau di hujung pantai sana...
aku di hujung pantai sini...
tiada pelukan mesra...
tiada ketawa bersama...
sedih mengenangkan
mengapa ini semua boleh terjadi...
ye...mungkin aku yang bersalah...
betul kata kau sahabat...
aku masih kebudak-budakan...
masih tak matang...
aku ego...
kadang-kadang aku rasa...
aku dah berusaha untuk memulihkan segala-galanya...
kekadang aku rasa usaha ku itu masih sedikit...
aku sendiri buntu...
aku tak tahu apa dalam hatimu...

pada saat ini...
aku bergantung harap sepenuhnya pada Mu Ya Rabb...
Kau lebih mengetahui segala-galanya...
bantulah kami...
andai benar ukhwah ini terbina kerana Mu...
maka eratkanlah hati-hati kami...
andai permulaan kami salah...
maka bimbinglah kami agar ikatan ini
hanya berlandaskan akidah yang satu...

Friday, September 14, 2007

...rindu...

wahai sahabat-sahabat ku...saat ini ana sangat rindu kan kenangan-kenangan bersama kalian...ana rindukan saat-saat kita di SRAAZ..disitu kita bertemu, bersahabat, dan di situ juga titik perpisahan kita...ana sendiri hairan setelah beberapa tahun perasaan itu tidak hadir...kini ia hadir semula...baru ana paham kata-kata seorang ukhti. "apabila kita punya fikrah yang sama, Allah akan mempersatukan hati-hati kita"

Setelah ana hanyut dengan dunia ana sendiri, Alahmdulillah, kini Allah tunjukkan ana jalan yang benar...banyak benda yang ana dapat...tak terhitung kesyukuran ana padaNya atas nikmat iman dan islam ini...

Buat sahabatku Asyrani Husna...
ana sendiri lupa bagaimana kita boleh rapat...seingat ana kita mula rapat setelah masuk darjah 4 kan??ana hanya nak enti tahu betapa ana sangat-sangat menghargai jalinan ukhwah yang kita bina ini. ana sangat-sangat bersyukur atas nikmat ukhwah yang Allah hadiahkan ini. tak pernah sekali pun enti tinggalkan ana. walau setelah ana keluar dari SRAAZ, enti tak pernah putus-putus mengirim berita, tak putus memberi nasihat secara hikmah. ana tahu enti sangat risau dengan ana. semakin hari ana semakin hanyut dengan dunia...jazakillah keran berusaha untuk bantu ana kembali ke jalan yang benar. ana masih ingat lagi, masa ana nak bertolak ke oz, enti hadiakan ana sebuah buku "bagaimana akhirnya saya bertudung". ana tahu enti sangat risaukan ana. tp alhamdulillah, atas kurnia Allah ana dapat sesuatu yang sangat berharga disini.dan ana tahu enti sangat gembira melihat perubahan diri ana. masih segar lagi dalam ingatan ana peristiwa hujung tahun lepas. "ana rasa ana dapat enti yang lama, enti yang ana kenal masa SRAAZ dulu. setelah lama ana berdoa dan menunggu, akhirnya Allah makbulkan. ana gembira sangat-sangat" itulah kata-kata enti yang masih segar dalam fikiran ana. pada saat itu ana sedar, betapa selama ini enti sangat berusaha untuk bantu ana. jazakillah ukhti...biar jauh, tapi kehangatan ukhwah itu sangat-sangat terasa....

Buat sahabatku Siti Sajidah...
rindu juga dekat enti...ana sendiri pun tak ingat mcam mana kita bole kenal rapat??sebab kita naik van yang sama ke??ana masih ingat kita sangat-sangat nakalmasa kat SRAAZ dulu, cikgu-cikgu semua sabar je dengan kita kan...hehehe...terlalu manis segala kenagan itu...ana sangat-sangat terharu bila asyrani cakap enti selalu tanya pasal ana kat asyrani...jazakillah ukhti kerana sangat-sangat care pasal ana...ana gembira sangat bila balik mesia hari tu ana sempat jumpa dengan enti setelah bertahun-tahun kita tak jumpa...ana rasa dah hampir 5 tahun kita tak jumpa. kalau tak silap kali terakhir kita jumpa masa reunion tahun 2002 kn??tp, subhanallah kemesraan itu masih terasa...jazakillah kerana sudi meluangkan masa dan hadiah yang diberi...jazakillah juga atas nasihat dan perkongsian rasa dan perasaan...ana doakan semoga segala amalan kita dalam redhaNya....

Buat sahabatku Nur Farhana...
ana sangat-sangat kagum dengan apa yang terjadi semasa ana balik Malaysia cuti yang lepas...Subhanallah wal hamdulillah...memang ana terasa sangat-sangat kebesaran Allah itu...seingat ana sejak 2-3 tahun lepas ana memang tak pernah dengar kabar dari enti. asyrani dan sajidah pun tak tahu apa dah jadi dengan enti. surat dah tak dibalas, telefon pun tak dapat. satu keajaiban bila ana jumpa number enti dalam phone mak ana. seingat ana, ana tak pernah save number rumah enti. dengan sepenuh tawakkal kepada Allah, ana call dan ayah enti yang jawab. subhanallah, ayah enti masih ingat lagi pada ana. Alhamdulilah, Allah permudahkan segala-galanya...walaupun kita xsempat jumpa, tp perbualan di telefon itu cukup puas untuk ana melepaskan rindu ana pada enti. seingat ana, kami di SRAAZ sangat sedih bila dapa tahu enti kena pindah ke Seremban. memang sejak dari tu (tahun 1997 kalau tak silap ana), kita dah jarang jumpa. padahal dulu selalu je ana dan asyrani tidur kat rumah enti...ana rindu sangatsaat-sat itu..ana harap ia akan berulang kembali..=). seingat ana dari 1997 tu, 3 kali je kita pernah jumpa. satu enti datang beraya kat rumah ana, kemudian enti datan ziarah kitorang di SRAAZ. dan kali terakhir ana jumpa enti masa enti datang ziarah ana dia SMJ tahun 2001. kira dah hampir 6 tahun kita tak jumpa. suatu jangka masa yang sangat lama...tp kehangatan ukhwah itu tak pernah kurang sedikit pun. malah ana dapat rasa ia semakin menghangat....andai kita tidak bertemu di dunia, ana doakan kita bertemu di Jannah..sama-sama kita doakan ye...

Buat sahabatku Dayang Syairah...
Alahmdulillah, Allah beri kesempatan untuk kita bertemu...ana sangat gembira mendengar enti akan ke Mesir untuk menyambung pelajaran...rasa cemburu pun ada...manfaatkanlah peluang itu....sangat gembira walau kita dah hampir tujuh tahun tak jumpa, tapi kemesraan itu tetap macam dulu...sedikit pun tak ada rasa kekok...malah ana sangat terharu apabila mak enti masih ingat pada ana...ana rindu sangat masa zaman kita kecik-kecik dulu...ana selalu pergi rumah enti lepas kita keluar shopping..hehehe...lepas tu kita akan cuba semua barang yang kita beli...sangat manis zaman kecik-kecik itu...ana doa semoga ukhwah kita ini terus hangat walaupun jarak dan waktu memisahkan kita...jazakillah atas layanan yang diberi sepanjang ukhwah ini terjalin...

Buat sahabat-sahabat ku di SRAAZ...

buat sahabat-sahabat yang lain, ana juga rindukan kalian semua...cuma mungkin tak tertulis segala-galanya di sini..namun kenangan bersama kalian tetap segar di sudut hati ku...buat Zuraidah yang bakal melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini, ana doakan semoga rumahtangga yang dibina sentiasa dalam redha Allah...buat yang lain-lain, ana doakan semoga sentiasa sihat dan dilimpahkan rahmat dari Allah SWT. harapan ana, biar kita jauh, biar kita jarang berjumpa, biar kita tak seiringan, tp semoga matlamat kita tetap sama...mardatillah insyaAllah...

Uhibbukunna fillah..insyaAllah...

Thursday, September 13, 2007

Alhamdulillah a'lakulli hal...

Subhanallah...Maha Suci Allah yang telah memberi nikmat kepadaku....tak terbalas segala nikmat itu dengan rasa syukur yang aku rasai sekarang....

Alhamdulillah...Allah masih memberi nikmat untuk ana bernafas pada pagi 1 Ramadhan ini, sekali lagi diberi peluang untuk hidup dan merasai barakah bulan yang mulia ini...

Sebulan yang lalu, ana memang agak serabut sikit...macam-macam hal yang perlu dilakukan, macam-macam hal yang perlu difikirkan...tp tak pe keserabutan itu juga adalah nikmat dari Allah...=) dan menjelang Ramadhan yang mulia ini, banyak sangat kejutan dari Allah yang membuatkan ana sangat-sangat gembira...sungguh!!Dia memang tak pernah mengecewakan hamba-hamba-Nya. Benarlah firman-Nya:

"Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyenangi sesuatu padahal ia tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"
[Al-Baqarah:216]

Alhamdulillah, abah akan ke Makkah untuk buat umrah pd 17 sept ni...ana sangat-sangat gembira bagi pihaknya. Akhirnya dia dijemput menjadi tetamu Allah....tak tergambarnya nikmat itu...bilakah agaknya giliran ana?

ana masih teringat beberapa tahun lepas, mama sangat-sangat teringin nak pergi Makkah, tp masa tu abah cakap nanti la dan tak bersedia lagila. tp Alhamdulillah, Allah buka pintu hati abah dan permudahkan segala urusannya. minggu lepas mama cakap abah nk pergi buat umrah masa Ramadhan nanti tapi tak comfirm lagi. sangat-sangat terkejut dan bersyukur bila semalam abah mesej yang dia akan ke Makkah 17 sept ni. Subhanallah, betapa hati itu, hidayah itu Allah yang pegang. Dia akan memberi kepada hamba yang dia kehendaki.

Buat abah, akak doakan semoga abah selamat pergi dan pulang kembali ke sini. semoga Allah permudahkan segala urusan abah. Semoga abah dapat memanfaatkan peluang menjadi tetamu Allah. doakanlah semoga mama, akak n adik juga akan dijemput untuk menjadi tetamuNya suatu hari nanti.

Wednesday, September 12, 2007

reminder of the day...

Allah swt berfirman dalam hadith qudsi yang berbunyi:

"Aku (Allah) hairan terhadap orang yang yakin dengan maut, tetapi kenapa ia masih sombong membanggakan diri? Aku hairan terhadap orang yang yakin dengan Perhitungan (hisab), tetapi kenapa ia masih sibuk menimbun harta benda?Aku hairan terhadap orang yang yakin akan masuk pintu kubur, tetapi kenapa ia masih tertawa terbahak-bahak? Aku hairan terhadap orang yang yakin terhadap hari akhirat, tetapi ia masih bersenang-senang lalai tidak beramal? Aku hairan terhadap orang yang yakin akan fana-lenyapnya dunia ini, tetapi kenapa ia masih melekatkan hati kepadanya? Aku hairan terhadap orang yang alim pintar bicara, tetapi bodoh dalam faham pengertian, Aku hairan terhadap orang yang sibuk selidik tentang aib orang lain, tetapi lupa cacat cela dirinya sendiri. Aku hairan terhadap orang yang tahu, bahawa Allah memperhatikan tingkah lakunya, tetapi kenapa ia masih menderhaka kepada Allah? Aku hairan terhadap orang yang mengerti bahawa ia akan mati sendirian dan masuk kubur sendirian, tetapi kenapa ia masih berseronok brsenda gurau dengan orang ramai? Tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Muhammad itu benar-benar hamba-Ku dan Rasul-Ku"

[Sirrus Salikien, jilid 4 ms. 34]

Tuesday, September 11, 2007

berilah aku peluang

sahabat...
aku tak nak menyalahkan sesiapa
atas apa yang telah terjadi ini
kerana aku percaya segala-galanya
adalah atas perancangan Allah
sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik perancang
aku yakin ada sesuatu yang kita pelajari dari apa yang terjadi ini

sahabat...
segala yang berlaku adalah atas kelemahan diri ku sendiri
maka berilah aku peluang untuk memperbaiki kelemahan itu
aku memohon pada Allah semoga Dia memberi petunjuk pada
aku dan kau untuk membina kembali keruntuhan ukhwah kita

sahabat...
aku tak impikan segalanya akan pulih seperti biasa
dalam masa yang singkat
kerana aku tahu setiap penyakit juga
mengambil masa untuk sembuh
cuma harapan ku...
marilah kita sama-sama berusaha
untuk menghangatkan kembali ikatan ukhwah ini
sayu hati ku ini apabila mengenangkan
detik-detik awal kita berkenalan
ternyata banyak kelemahan aku sepanjang ukhwah ini terjalin
bertambah sayu hati aku apabila aku membaca ayat ini:


"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk"

betapa ruginya diri ku ini
kerana tidak betul-betul mensyukuri nikmat ukhwah
anugerah Allah
wahai sahabat...
berilah aku peluang untuk memperbaiki
segala kelemahan itu
sesungguhnya apa yang terjadi ini
benar-benar mengajar aku
erti sebuah perkenalan...
erti manisnya ukhwah fillah itu...

sahabat,
masih belum terlambat aku kira untuk kita
memulakan segala-segalanya kembali
terimalah salam ukhwah dari aku...
harapan ku moga ukhwah ini
sentiasa dalam redhaNya
moga-moga ukhwah ini
berkekalan hingga ke Jannah...


"Ya Allah Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana MengasihiMu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari'at Mu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalan-Nya (yang sebenar). Penuhkan (piala) hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu. Hidupkan/suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (jika engkau mentakdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada' dalam perjuangan agama Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong"


Monday, September 10, 2007

peringatan utk diri ku ^_^


"Dan
siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan berkata: "sungguh aku termasuk orang-orang muslim (yang berserah diri)". Dan tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan seperti teman yang setia. Dan (sifat-sifat yang baik itu) tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar. Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu godaan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sungguh Dialah Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui"

[Fussilat:33-36]

ramadhan kareem

alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah...
masih dibangunkan oleh Allah dalam nikmat iman dan islam.

semalam ada daurah Ramadhan. Alhamdulillah, dalam kesibukan Allah masih memberi kesempatan masa untuk pergi dan mendengar sesuatu yang bermanfaat. di sini ana sekadar nak share antara amalan-amalan yang boleh kita lakukan untuk menghidupkan Ramadhan (ihya' ramadhan). ada 30 amalan yang boleh kita amalkan:

1. memperbanyakkan niat dan azam untuk melakukan amalan baik sepanjang hari
2. memelihara solat-solat fardhu di surau atau masjid terutama solat Isya' dan Subuh.
3. memperbanyakkan zikir sepangjang hari
4. tilawah Al-Quran. minimum 1 juzuk.
5. terawih berjemaah
6. sibukkan diri dengan berzikir sepangjang hari
7. menjaga amalan-amalan sunat
8. mengubah suatu kebiasaan
9. melazimi doa-doa ma'thur dalam setiap keadaan
10. mengambil peluang utk melakukan kebaikan
11. memberi makanan
12. muhasabah diri
13. menghadiri majlis org yang baik (majlis ilmu)
14. memberi khidmat kepada masyarakat. "sebaik-baik manusia adalah orang yang memberi manfaat kepada manusia"
15. berdakwah
16. memperbanyakkan doa. doa-doa yang mustajab: doa orang yang berpuasa, dizalimi, dan pemusafir.
17. merasai ganjaran pahala setiap kali melakukan ketaatan (motivasi)
18. memelihara wudhu' (orang-orang beriman sentiasa berwudhu'). wudhu': menghapus dosa-dosa kecil,
19. Elakkan dari perkataan yang tidak bermanfaat (perkataan tidak bermanfaat: makruh)
20. berdoa ketika berbuka
21. segerakan berbuka dan berbka dengan tamar
22. memberi makan kepada orang yang berbuka
23. exploitasikan waktu-waktu perdana: selepas subuh, 2/3 malam dan antara azan dan istiqomah
24. sedekah walau sedikit
25. duduk di masjid ketika ada kelapangan (I'tikaf)
26. banyakkan baca buku agama atau tazkirah
27. mendengar unsur-unsur islam (nasihat agama)
28. menghidupkan waktu antara maghrib dan isya' dengan amalan
29. mengingati akhirat dan balasannya. mengingati kematian. mengingati kubur dan azabnya
30. bersyukur kepada Allah dan memuji-Nya atas nikmat-nikmat-Nya.

Harapan ana pada diri sendiri dan sahabat-sahabat lain, semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang lepas dari segala segi. semoga kita mengambil peluang-peluang yang ada dalam bulan Ramadhan ini utk berusaha meningkatkan rasa ketakwaan kita kepada Allah.

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa"
[Al-Baqarah:183]

~Allahumma Ballighna Ramadhan~

Tuesday, September 4, 2007

~ mentari hidup ~


Kala senja itu tiba

Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan

Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan

Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran

Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan

Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali