"...episod demi episod, babak silih berganti, sudah pun tertulis di dalam script, script kehidupan..."

Monday, October 15, 2007

syawal oh syawal...

hari kedua syawal juga penuh dengan kenanganan pahit dan manis..penuh dengan mehnah...penuh dengan tarbiyyah (every single thing happen in our life juga adalah tarbiyyah dr Allah...=))

hari kedua, hampir semua akhwat di sini diserang diarrhea, termasuk diri ana sendiri. tp tak se-severe orang lain.ada yang teruk juga. tp alhamdulillah by petang hari raya ke-2 tu semua sudah pulih seperti sedia kala. penyababnya adalah kuah kacang. sebagai ameerah department kuah kacang, ana rasa sangat sedih dan bersalah. i think we did our best, tp itu yang dah tertulis. harap semua redha dengan apa yang berlaku. moga ia jadi kafarah dosa buat kita semua. mungkin juga kenangan aidilfitri yang tak akan luput dari ingatan kita. sekali lagi, maaf atas kesulitan yang timbul...

hari kedua syawal, selepas zohor, ana dan beberapa orang lagi akhwat pergi beraya ke rumah sahabat kami nun jauh di ujung city menaiki kereta merah bersama. elok-elok sampai di sana, temperature kereta naik sikit. so lama jugak kitaorg beraya di situ. dalam 2 jam macam tu. alhamdulillah, temperature kereta dah kembali kepada normal. plan asal nak singgah di rumah ana seketika. on the way ke rumah ana, temperature kereta tu naik dengan sangat tinggi. alhamdulillah, selamat sampai ke rumah ana. maka, kami berlima berjalan kaki dengan berbaju raya pergi ke supermarket untuk mencari coolen. setelah berehat seketika, kami menyambung kembali perjalanan ke city. sampai di city kami tukar kereta. kami pinjam van bersama kerana perlu menguruskan urusan pengembalian barang-barang yang dipinjam untuk memasak pada malam raya yang lepas. sambil singgah ambil dan pulang barang, kami mengambil kesempatan itu untuk beraya dan melawat sahabat-sahabat yang kena diarrhea. adalah dalam 2 ke 3 umah kitaorg singgah. destinasi seterusnye ke rumah ukhti H. lama juga kami singgah di sana. sebab solat isya' dan mengemas barang-barang sikit. dalam pukul 10mlm bru kami bergerak pulang. ana sangat terkejutla, nape tingkap van kami tak ditutup. rupa-rupanya ada orang pcah masuk van kami. astgahfirullah...muka masing-masing dah cuak, terus masuk dalam van dan kunci van. bila di periksa, pencuri telah mangambil sweater yang ana baru beli dan beg ukhti I. sian ukhti I sebab dalam tu ada skirt dan notes dia. dahla exam nak dekat.alhamdulillah..si pencuri tidak mengambil barang-barang lain yanga da dalam van itu. masa tu ada beberapa blender dan periuk nasi. again tarbiyyah dari Allah..

perjalanan di teruskan lagi...kami singgah di rumah ukhti A seketika sebelum ke destinasi akhir kami iaitu di henraf...masa ni semua dah kelaparan..last time makan pukul 2ptg. masa sampai di situ dah pukul 11mlm. alhamdulillah..memang rezeki kami. ahlul henraf baru masak bubur nasi masa tu...jazakillah atas layanan yang diberi...sangat-sangat terharu...especially to ukhti R.kerana memberi duit raya..amount tak penting yang penting ingatan...comel la ukhti R ni...hehehehe...kemudian, ukhti I hantar kitorg semua balik. pukul 12mlm bru ana sampai rumah....begitulah perjalanan hidup pada hari ke-2 syawal...

sangat menarik la syawal tahun ni...penuh dengan kenagan pahit dan manis..juga penuh dengan tarbiyyah...bagi diri ana, apa yang berlaku sepanjang hari kedua syawal tu, sebenarnya ujian dari Allah untuk menguji kesabaran...untuk menilai diri ana sejauh mana tarbiyyah madrasah ramadhan itu berjaya mendidik jiwa ana untuk sabar...malam tu juga ana terasa kemanisan ukhuwah sesama kita...terasa perasaan kebersamaan itu...jazakillah untuk ukhti I, ukhti F dan ukhti A atas kenangan pengembaraan bersama...may Allah streghten our ukhuwah and may it ends in jannah...

alhamdulillah...alhamdulilllah..alhamdulillah...kepada Allah atas nikmat rasa kebahagiaan yang ana rasa pada saat ini...moga perasaan ini tidak menjadikan ana lalai dan kufur..nauzhubillah...

No comments: