"...episod demi episod, babak silih berganti, sudah pun tertulis di dalam script, script kehidupan..."

Monday, June 15, 2009

point of reflection

ku tujukan lagu ini buat mereka yang bergelar sahabat...


- ARTI SAHABAT -

Tak mudah untuk kita
Hadapi perbedaan yang berarti
Tak mudah untuk kita
Lewati rintangan silih berganti

Kau masih berdiri
Kita masih di sini
Tunjukkan pada dunia
Arti sahabat
Kau teman sehati
Kita teman sejati
Hadapilah dunia
Genggam tanganku

Tak mudah untuk kita
Sadari saling mendengarkan hati
Tak mudah untuk kita
Pahami berbagi rasa di hati

Kau masih berdiri
Kita masih di sini
Tunjukkan pada dunia
Arti sahabat
Kau teman sehati
Kita teman sejati
Hadapilah dunia
Genggam tanganku

Kau adalah
Tempat ku membagi kisahku
Kau sempurna
Jadi bagian hidupku
Apapun kekuranganmu

Thursday, November 20, 2008

Pada Mu Ku Bersujud

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud...

Tuesday, November 18, 2008

aku merinduimu...

aku merinduimu - devotees


Tidak dapat kugambarkan
Rindu yang lahir dari hati ini
hanya yang mampu tuk kulafazkan
Aku Merinduimu

Terasa amat jauh diri ini
Kerna kau tiada disisi
Bergenang air mataku
bila terkenangkan wajahmu

Ayah ibu...
Dari jauh kupohon restu
Doamu titian kejayaanku
Nasihat darimu kuingat selalu
Tersemat di kalbu

Oh Tuhan...
Berkatilah ku dalam mencari ilmu
Dengan RedhaMu
Moga kujejaki tempat yang dituju


*lagu tema musim imtihan kali ini...=)

Monday, October 27, 2008

...bila terasa rindu...

huhu...dah lama blog ini ditinggalkan...keinginan untuk menulis ada cuma, tak berkesempatan, anayway...

Alhamdulillah…alhamdulillah….alhamdulillah…
I am so happy today. Tak tau kenapa, dah lama tak rasa perasaan macam ni, petang tadi masa break study group untuk solat asar, ana sempat call Asyrani. Saje je call, sebab dah few times try untuk call dia dalam minggu ni, tapi asyik tak dapat. Alhamdulillah tadi dapat juga cakap. Rupa-rupa nya dia tengah tunggu mama ana. Ada barang yang nak bagi pada asyrani, tapi tak sempat jumpa masa balik cuti hari tu. So, ana minta tolong mama tolong serahkan pada Asyrani. Tengah sembang, tiba-tiba mama ana dah sampai, so terus terberhenti di situ. Selepas habis discussion, ana terus call Asyrani semula. Seronok sangat dengar cerita apa yang dia sembangkan dengan mama. Rasa rindunya nak balik Malaysia…

Something special about our relationship is…we are not just friend, but we are siblings….mama pun pernah kata “kakak (ana) ngan asyrani ni macam adik beradik, muka pun macam nak sama dah. Dua-dua muka macam anak mami”. Sedar tak sedar, kita dah kawan sejak umur 7 tahun lagi, sejak sama-sama masuk SRAZ. Hmmm, dah 15 tahun kita bersahabat; dari budak hingusan sampai la dah remaja, terasa begitu pantas masa berlalu. Mama dan abah pun dah treat Asyrani macam anak sendiri. Mama sendiri kalau ana call, tak pernah lupa nak tanya kabar berita Asyrani. Mama sendiri juga tak pernah lokek untuk nasihat atau beri motivasi pada Asyrani (mama memang dikenali sebagai pakar motivasi oleh kawan-kawan ana,huhu…peminat Dr. Fadzilah Kamsah dan Ustzh Siti Norbahiyah la kata kan…=P) Mak dan ayah Asyrani pun treat ana macam anak diaorang sendiri juga. Kalau ana call, kadang-kadang ada juga cakap ngan parents asyrani, diaorang pun tak lokek untuk nasihat ana. Dalam erti kata lain, kegembiraan dan kesedihan kami bukan setakat dikongsi bersama, tapi juga dikongsi bersama keluarga kami. Besar harapan ana, semoga Allah pelihara persahabatan ini…hingga ke Jannah…
-lawatan sekolah 1995/1996-

-reunion 2002/2003-

-END-


…Bila terasa rindu…

Apa agaknya khabarmu di sana?

Di sini ku sedang dibelenggu rindu,
Beginikah rasa seksa perpisahan,
Sungguh anehnya hidup berasingan...

Hati terasa bagai tertinggal di situ,

Meskipun tubuh dah jauh beribu batu,
Sesaat seperti setahun lamanya,
Semasa kau tiada,
Apa yang terdaya…

Bila terasa rindu ku sebut namamu,

Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur,
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan,

Dan barulah ku terasa bagai disembuh...
Jauh sekali hidup di sini berbeza,
Beribu kali lagi ku selesa di sana,
Tak sabar menantikan detik kepulangan,
Namun hingga itu,
Apa yang termampu…

Bila terasa rindu ku sebut namamu,
Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur,

Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan,
Dan barulah ku terasa bagai disembuh...

Terlintas di fikiran untuk meminggirkan saja,

Semua pencarian di sini ,
Tetapi ini sebahagian dari pengorbanan,

Bekalan andainya hari sukar mencabar ...

...Selamat Ulangtahun Kelahiran yang Ke-52 buat Mama...

~ 23 October 2008 ~

catatan: 27 October 2008

Friday, August 22, 2008

...syukur...

Bismillah hir rahman ni rahim…

Pagi ni bangun, ana ternampak status seorang adik dekat YM: “I wish…” hmmm…terus memikir dan membuat list. I wish….

-I can hug my mom right now

- I can hug my dad right now

- I am at my home sweet home…

- I wish I can see my sister’s smile

- I can talk and chat with sis Asyrani Husna…

- I can have Nasi Lemak for my breakfast (Alhamdulillah Allah terus beri rezeki mkn n.lemak pg td =)…jazakillah housemate)

- I can get myself back, myself 3 months ago…

- I could be a better person than yesterday…


Banyak sangat yang kita nak dalam hidup..all those kat atas tu adalah list yang sempat difikir secara spontan. Semuanya short term wish. Kadang-kadang kerana kita tak dapat apa yang kita nak, kekadang kita lupa, dah banyak sebenarnya yang Allah dah bagi. Kadang-kadang kerana salah satu dari benda yang kita wish kita tak dapat, Kita lupa untuk bersyukur atas nikmat-nikmat yang lain ,kita jadi kufur dengan nikmat Allah yang lain tu… na’udzubillah…


And I just realized, how lucky I am, that Allah anugerahkan ana family yang sangat understanding dan penyayang, sahabat yang banyak menyokong dan membantu, peluang untuk belajar di overseas, etc…dan yang paling berharga ialah nikmat Iman dan Islam itu sendiri. Serius bersyukur sangat-sangat. tak tau macam mana nak cakap.


Dengan mehnah yang datang bertimpa-timpa, ia buat ana sangat-sangat bersyukur ana lahir sebagai muslimah, buat ana sangat-sangat bersyukur di anugerahkan nikmat Islam dan Iman.


Baru paham kot perasaan orang-orang yang bunuh diri tu (bukanlah maksud ana, ana penah fikir nak bunuh diri, na’udzubillah…). Tapi mungkin mereka berperasaan macam orang yang jatuh dalam gaung yang dalam, dan tak nampak tanda-tanda harapan boleh selamat, atau tak nampak ada tangan-tangan yang mahu menghulur untuk menarik mereka keluar dari gaung tu. Maka mereka terus putus asa. Tapi, being a muslim, lain perasaannya. Di saat rasa macam tak ada harapan, kita tahu ke mana nak di tuju, kepada siapa untuk meminta pertolongan, dan kita yakin akan ada yang membantu, which is Allah. Di saat rasa putus harapan, kita tahu Allah lebih mengetahui segala-galanya, kita yakin Dia mendengar rintihan dan doa kita, dan kita pasti Dia akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada kita, kerana Dia Maha Pengasih dan Penyayang.
=)


Tiba-tiba ternampak another status dekat YM: “Hati yang luka ibarat besi yang bengkok, di ketuk macam mana pun, tak akan kembali seperti yang asal semula”


*ok, dah lambat nak pegi sekolah, will comment about it later, iAllah…