Bismillah hir rahman ni rahim…
Pagi ni bangun, ana ternampak status seorang adik dekat YM: “I wish…” hmmm…terus memikir dan membuat list. I wish….
-I can hug my mom right now
- I can hug my dad right now
- I am at my home sweet home…
- I wish I can see my sister’s smile
- I can talk and chat with sis Asyrani Husna…
- I can have Nasi Lemak for my breakfast (Alhamdulillah Allah terus beri rezeki mkn n.lemak pg td =)…jazakillah housemate)
- I can get myself back, myself 3 months ago…
- I could be a better person than yesterday…
Banyak sangat yang kita nak dalam hidup..all those kat atas tu adalah list yang sempat difikir secara spontan. Semuanya short term wish. Kadang-kadang kerana kita tak dapat apa yang kita nak, kekadang kita lupa, dah banyak sebenarnya yang Allah dah bagi. Kadang-kadang kerana salah satu dari benda yang kita wish kita tak dapat, Kita lupa untuk bersyukur atas nikmat-nikmat yang lain ,kita jadi kufur dengan nikmat Allah yang lain tu… na’udzubillah…
And I just realized, how lucky I am, that Allah anugerahkan ana family yang sangat understanding dan penyayang, sahabat yang banyak menyokong dan membantu, peluang untuk belajar di overseas, etc…dan yang paling berharga ialah nikmat Iman dan Islam itu sendiri. Serius bersyukur sangat-sangat. tak tau macam mana nak cakap.
Dengan mehnah yang datang bertimpa-timpa, ia buat ana sangat-sangat bersyukur ana lahir sebagai muslimah, buat ana sangat-sangat bersyukur di anugerahkan nikmat Islam dan Iman.
Baru paham kot perasaan orang-orang yang bunuh diri tu (bukanlah maksud ana, ana penah fikir nak bunuh diri, na’udzubillah…). Tapi mungkin mereka berperasaan macam orang yang jatuh dalam gaung yang dalam, dan tak nampak tanda-tanda harapan boleh selamat, atau tak nampak ada tangan-tangan yang mahu menghulur untuk menarik mereka keluar dari gaung tu. Maka mereka terus putus asa. Tapi, being a muslim, lain perasaannya. Di saat rasa macam tak ada harapan, kita tahu ke mana nak di tuju, kepada siapa untuk meminta pertolongan, dan kita yakin akan ada yang membantu, which is Allah. Di saat rasa putus harapan, kita tahu Allah lebih mengetahui segala-galanya, kita yakin Dia mendengar rintihan dan doa kita, dan kita pasti Dia akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada kita, kerana Dia Maha Pengasih dan Penyayang.
=)
Tiba-tiba ternampak another status dekat YM: “Hati yang luka ibarat besi yang bengkok, di ketuk macam mana pun, tak akan kembali seperti yang asal semula”
*ok, dah lambat nak pegi sekolah, will comment about it later, iAllah…
No comments:
Post a Comment