FUTUR Diri ini bukanlah ariff sangat tentang tajuk ni, Cuma sekadar mahu berkongsi sedikit ilmu yang dipelajari semasa usrah. Moga bermanfaat untuk diri dan orang lain. Futur = lesu/lemah, atau dalam erti kata lain, futur =
- terputus setelah sebelumnya semangat berkobar-kobar
- diam setelah kerja bersunguh-sunguh
- iman yang lesu setelah mujahadah
futur juga bererti sesorang berubah dari stage yang sangat tinggi kepada stage yang sangat rendah. Tapi ini tidaklah terjadi secara drastik. Ia berperingkat. Bahayanya kefuturan kerana ia boleh membawa kepada keciciran dari dakwah.
Sebab-sebab kefuturan:
- berlebih-lebihan atau melampau-lampau dalam ibadah: bila di saat iman yang sangat tinggi, dia sangat-sangat melampau dalam ibadah (eg: tak nak tido sebab nak beribadat sahaja).
- melampau-lampau dalam perkara harus: tak boleh nak tolerate dengan hal-hal yang kecil seperti tak boleh nak tidur kalau tak ada bantal sendiri. Menjadikan amalan-amalan harus itu complicated.
- memisahkan diri dari jemaah: mengambil decision untuk beruzlah.
- kurang ingat akhirat atau kematian: hati lebih banyak bergelumbang dengan dunia.
- bermudah-mudah dengan amalan harian: tidak jaga amal ibadah fardhi seperti melewatkan solat
- hanya memberi penekanan kepada juzuk2 tertentu dalam Islam: contohnya hanya melihat islam hanya sekadar ibadat sahaja.
- tidak menyediakan diri untuk menghadapi reality dan cabaran dakwah: masih mahu memanjakan diri walau sedar sunnatullah dakwah yang mencabar
- berkawan dengan orang yang futur
Seperti maksud di atas, futur beerti lesu dan lemah, maka hati nya belum mati lagi. Jadi punca kepada futur ini ialah dari hati. Maka untuk bangun kembali dari kefuturan ialah dengan mengubati hati itu sendiri.
Ubat-ubat futur:
- jauhkan diri dari maksiat amal dan maksiat hati: seperti tak solat atau buruk sangka
- lazimi diri dengan amalan-amalan sunat
- hidupkan waktu afdhal dengan ibadah
- memahami hakikat/sunnatullah amal dakwah ini
- banyak mengingati mati dan akhirat
- fahami dakwah dan islam secara syumul
- duduk bersama-sama dengan orang yang berhimmah tinggi
- hadirkan ke majlis-majlis ilmu, bukan sekadar hadir fizikal tapi juga hadirkan hati.
LANGKAH BERMULA
Kemudian next usrah nya, kitaorang dibentangkan tajuk langkah bermula (dari buku Pelembut Hati), which is sangat berkaitan dengan tajuk futur. Kefuturan/keciciran dari amal dakwah boleh terjadi kerana kesilapan langkah pertama. ”KELESUAN SETELAH BERMUJAHADAH ADALAH KERANA KESILAPAN DI LANGKAH PERTAMA”.
Langkah pertama perlu dibangunkan dengan landasan ketulusan tajarrud (=melepaskan/menanggalkan segala ikatan yang bukan dari islam). Dua komponent yang sangat penting dalam langakah bermula ialah:
- NIAT YANG BEBAS
- maksudnya tidak terikat dengan ikatan lain, hanya keran Allah semata-mata. Bebas dari hawa nafsu, kepentingan dan kedudukan. Maka mestilah rational dalam segala perkara. Tidak boleh di serabutkan dengan terlebih emotional.
- CITA-CITA YANG TINGGI
- Cita-cita akn selalu lekat dengan niat dan mengawal segalanya setelah niat. Cita-cita yang tinggi dapat membuatkan hati bersih dan bebas dari hal-hal yang rendah. Maka hasilnya, akan menghasilkan pekerjaan yang baik.
Setakat tu saja ilmu yang ana dapat. Moga bermanfaat. Boleh baca dengan lebih lanjut buku Langkah Bermula by Muhammad Ahmad Ar Rashid. Any comment, tambahan, dialu-alukan.
No comments:
Post a Comment