"...episod demi episod, babak silih berganti, sudah pun tertulis di dalam script, script kehidupan..."

Tuesday, August 12, 2008

golongan yang tercicir

Hari tu ada terbuka buku Golongan Yang Tercicir di Sepanjang Jalan Dakwah by Fathi Yakan. Bukan buku diri sendiri pun, tapi buku orang lain tertinggal atas meja ana Macam best je. Hopefully dapat baca suatu hari nanti, biiznillah. Tapi sempat juga la selak-selak beberapa helaian dan membuat sedikit catatan. Setakat apa yang ana faham, Fatih Yakan menyenaraikan beberapa sebab-sebab keciciran. Antaranya:

  1. sebab yang berhubung dengan GERAKAN:
  2. sebab yang berkaitan dengan anggota INDIVIDU:
  3. sebab-sebab LUAR yang menekan individu:

Since tajuk futur dan langkah bermula tu, more to sebab2 dari individu sendiri, maka ana memilih untuk baca sebab dari gerakan dan tekanan luar.

Sebab berhubung gerakan:

1. kelemahan dari sudut tarbiyyah seseorang individu itu

- lebih fokus dari segi pentadbiran dan kurang memntingkan hal rohani dan tarbiyyah. Atau dalam erti ata lain mungkin lebih focus kepad ahal technical dan terlepas pandnag tenang makanan untuk iman dan rohani.

2. tidak meletakkan seseorang di tempat yang sesuai

- perlu mengenal kecenderongan, kebolehan, kekutan dan kelemahan ahli untuk memilih dan memberi tugas kepada mereka.

3. tidak menyelesaikan persoalan dengan segera

- sekiranya harakah lambat memahami persoalan dan masalah yang timbul dan lambat menyelesaikan maka masalah akan menjadi lebih besar dan melahirkan masalah-masalah baru.

- Kadang-kadang masalah boleh diselesaikan dengan senang, tapi apabila lambat dikesan, mungkin lebih menyusakhan dan harus menggerakkan beberapa pihak untuk menyelesaikan.

4. tidak mengambil berat hal ahli

- seseorang ahli kadang-kadang menghadapi masalah dan kerumitan seperti orang lain. Ada masalah jiwa, keluarga, kewangan dan lain2. kalau ada ahli-ahli dari harakah yang membantunya, maka dia akan mempercayai mereka dan harakah mereka, dan akan mengikut mereka dengan leih bersemangat. Tetapi jika sebaliknya, dia tidak merasa kebersamaan, tidak merasa slogan yang sering kita dengar ”kita tanggung bersama”, terasa seolah-olah berkeseorangan menghadapi kesusahan, maka dia akan menginggalkan harakah dan lengkongan Islam itu sendiri.

- Perasaan sesama harakah hendaklah dirasakan seperti satu badan (hadith). Perasaan ini bukan terjadai dengan sendiri tapi terjadi akibat perhubungan terus menerus dan diasaskan kepada pentingnya persatuan dan perpaduan, ia terjadi akibat dari adanya jaminan diri, perasaan dan kebendaan yang diberikan dan juga kerana adanya perhatian berat yang diberikan.

5. pertikaian dalaman

- antara sebab-sebab yang disenaraikan oleh Fatih Yakan ialah:

i. kelemahan pimpinan yang tidak berjaya menguasai barisan dan tidak dapat membuat keputusan

ii. campurtangan dari kuasa luar yang bertujuan menimbulkan fitnah

iii. perlumbaan untuk mendapatkan kedudukan khususnya jawatan

iv. adakalanya keran tidak iltizam dengan dasar harakah atau kaedah dan prinsipnya. Dalam erti kata lain tidak mahu mngikut keputusan yang dibuat oleh badan-badan harakah, malah mahu menonjolkan diri sendiri

v. kadangkala kerana tidak ada kerja atau program dalam suatu tempoh masa, sedangkan inilah yang akan menggerakkan ahli untuk mujahadah.

6. pimpinan tidak layak

- fatih yakan juga menyenaraikan antara sifat-sifat yang perlu ada pada pimpinan

i. mengenali da’wah itu sendiri

ii. mengenal diri

iii. mengambil berat tentang ahli, bukan hanya bila ahli ditimpa masalah. Tapi cuba mengenali cara hidup supaya dapat mngukuhkan kepercayaan mereka

iv. menunjukkan teladan yang baik

v. mempunyai pandangan yang mantap

vi. mempunyai keazaman yang kuat

vii. mempunyai daya tarikan yang semulajadi

viii. mempunyai keyakinan yang tinggi dan tidak boleh putus asa.

7. tidak membahagi-bahagikan kerja kepada anggota

Sebab-sebab luar yang menekan individu:

  1. tekanan ujian
  2. tekanan keluarga
  3. tekanan persekitaran
  4. tekanan gerakan-gerakan bahaya
  5. tekanan bermuka-muka.

Ni antara point-point penting dalam tajuk tekanan luar yang menekan individu, tapi ana tak sempat nak baca, tiba-tiba buku tu dah tak ada atas meja ana. iAllah, sapa yang berminat, boleh refer kembali buku Golongan Ynag Tercicir di Sepanjang Jalan Dakwah (Fathi Yakan). Ana sekadar mahu berkongsi ilmu, walaupun mungkin usia ana sendiri masih setahun jagung dalam dakwah dan tarbiyyah, banyak lagi benda yang perlu belajar, banyak lagi benda yang perlu di hadapi. moga Allah terus memimpin langkah ini.

Di mana pun posisi kita, mari muhasabah kembali diri. Kekadang dalam kita sibuk bekerja, untuk duni dan akhirat kita, kita terlupa atau terlepasa pandang beberapa perkara. Ana sendiri tak nak menjadi orang yang tercicir apatah lagi menjadi asbab orng tercicir, walaupun hakikatnya, hidayah itu Allah yang pegang, walaupun hakikatnya, itu adalah Qada’ dan Qadar Allah. Namun, salagi masih bole diusahakan, kita usahakan la bersungguh-sungguh. Allah hu ‘alam. Moga bermanfaat untuk semua.


No comments: