"...episod demi episod, babak silih berganti, sudah pun tertulis di dalam script, script kehidupan..."

Sunday, October 28, 2007

..::Kenapa Aku Di Sini::..

salam...
again...ari sabtu hari tu ada sesi usrah lagi...insyaAllah usrah terakhir for this semester...will be missing them..

for our last meeting, naqibah asked us to write a sajak entitled "kenapa aku di sini"...huh, dengar je terus rasa cuak...ana memang la tak berbakat dalam bab menulis ni...apatah lagi sajak ke puisi ke pantun ke...memang tak ada bakat sastera dalam diri ini....i thought i will never finish it until saturday night...tapi, alhamdulillah bila duduk diam seketika, pikir semula "kenapa aku di sini"...alhamdulillah, berjaya siapkan dalam masa yang agak cepat...never expect it would be that easy...insyaAllah, kalau menulis dari hati, ia tak perlu amik masa yang lama...itu kata naqibah ana la...but, again ana memang tak berbakat dalam bab sastera ni...so, tak dela best mana pun sajak ana compare dengan yang lelain...sajak ana simple and easy to understand...tapi tak kisah la...yang penting ana tahu dan yakin, semua orang menulis dari hati yang ikhlas...setiap sajak berjaya menyentuh hati ini...=)

Kenapa Aku Di Sini

Hari ini seperti minggu-minggu yang lepas…
Aku menghadiri usrah lagi…
Sudah menjadi kemestian…
Sudah menjadi rutin mingguan ku…
Hingga kadang-kadang aku…
Datang hanya sekadar menurut arahan naqibah
Datang hanya sekarang berjumpa teman-teman se-usrah
Datang hanya sekadar belajar tafsir al-Quran
Datang hanya sekadar mendengar peringatan
Lupa matlamat as
al…


Kenapa aku di sini??
Kerana ikutkan kawan kah???
Kerana tak mahu tinggal keseorangan kah???
Atau kerana simpati pada ajakan kakak-kakak???


Ku imbas kembali detik-detik awal aku di jalan ini…
Aku tak selaju kawan-kawan ku yang lain…
Mereka lebih awal mendapat kesedaran itu …
Namun…syukur ya Allah…
Telingaku tidak dipekakkan…
Mata ku tidak dibutakan…
Hati ku tidak digelapkan…
Syukur ya Allah…
Aku masih boleh mendengar seruan itu…
Aku masih boleh melihat jalan itu…
Aku masih boleh menilai jalan itu…


Kerana aku mengimpikan pertemuan dengan Mu
Kerana aku rindukan syurga Mu
Kerana aku mengharapkan syahid di jalan Mu
Akhirnya jalan itu ku pilih…


Kerana cinta ku pada Mu ya Rabb
Kerana kasih ku pada Rasul Mu
Kerana sayang ku pada ummat Muhammad…
Kerana dakwah perlu diteruskan……
Kerana jahiliyyah masih betebaran…
Kerana daulah islam masih belum tertegak…
Kerana khalifah masih belum kembali…
Kerana empayar islam masih belum meluas…
Kerana al-kafirun masih menguasai dunia…
Kerana diriku perlukan perubahan untuk mengubah ummah....
Maka kerana itu...
aku berada di sini pada hari ini...


No comments: