Salam…tiba-tiba hati ini rasa melonjak-lonjak untuk berkongsi beberapa kisah yang berlaku dalam sebulan dua ni…
Kisah 1:
Kisah ini berlaku pada hari jumaat, 30 ramadhan 1428H…masa tu ana temankan seorang kawan Chinese pegi belikan lunch kat union house. Masa tengah tunggu dia bayar, tiba-tiba ada seorang laki datang: “assalamualaikum sister, are you fasting today?”. Terkejut jugak, malu pun ada…huhuhu…kemudian lepas ana cakap ana puasa, dia pergi ke arah gerai sebelah yang jual kebab. Dia tanyakan soalan yang sama kepada penjual kebab tu (penjual kebab tu pun muslim). Rupa-rupanya dia nak pastikan sama ada hari tu dah raya ke belum. Sebab timbul sedikit kekeliruan dalam menentukan tarikh 1st syawal. Orang
Kisah 2:
Juga berlaku pada hari jumaat…seminggu after peristiwa di atas…masa tu pukul 1ptg, ana baru habis class dan ana tengah berjalan nak ke prayer room…tiba-tiba ada seorang laki tegur. “assalamualaikum sister. Do you know where people pray jumaat prayer?”. Tempat biasa untuk solat jumaat mula di tutup lepas ramadhan sebab ada construction. So sebab tu brother tu tak tahu solat jumaat kat mana.
Kisah 3:
Berlaku masa ana dan 6 orang sahabat naik train untuk pulang ke rumah selepas beraya ke rumah makcik ana. Masa dalam train tu ada di antara kitaorg yang tgh dengar hafalan sahabat yang lain, ada yang tengah baca buku Islamic, ada yang tengah baca Al-Quran dan ada yang tengah baca lecture notes. Di suatu hentian, ada beberapa orang pemuda dan pemudi masuk. Seorang sahabat terdengar perbualan mereka “muslim kalau ada masa lapang, mesti akan baca Al-Quran. Tak pun membaca buku” (ni version yang sahabat ana tu ceritakan pada ana).
Itulah 3 kisah yang berlainan…latar masa yang berbeza…latar tempat juga berbeza…tapi membawa mesej yang sama insyaAllah…
Being a muslimah, wearing hijab, meaning we bring image of Islam wherever we go…selain taat pada perintah Allah, memakai hijab juga bererti kita membawa nama dan imej Islam bersama. We shouldn’t take it for granted, because every single thing we did, will be judged by people especially the non-muslims. Risau dan bimbang juga, andai perlakuan, sikap, atau kata-kata kita bawa fitnah pula pada Islam. Sebab tu, perlu berhati-hati dalam setiap tingkah laku, perbuatan atau percakapan. Kata-kata menarik untuk di-muhasabah bersama:
“IMAN itu bukanlah angan-angan dan juga bukanlah perhiasan…tetapi adalah sesuatu yang terpahat dalam HATI dan diterjemahkan dengan AMAL”
Teringat juga kata-kata seorang ukhti semalam “akhlak itu cerminan iman seseorang” . InsyaAllah, kalau segala ketaatan di tundukkan kepada Allah dan kita berusaha untuk memperbaiki iman kita, segala-galanya akan diterjemahkan melalui amal dan akhlak. Tapi, kita kenala mujahadah sikit untuk memiliki akhlak yang mulia =).
May everything we did portray the right and true way of practicing Islam. Moga akhlak kita – perbuatan, sikap, percakapan etc. – tidak mengundang fitnah kepada Islam.
oh Allah, guide us to the right path…
No comments:
Post a Comment