aku tak nak menyalahkan sesiapa
atas apa yang telah terjadi ini
kerana aku percaya segala-galanya
adalah atas perancangan Allah
sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik perancang
aku yakin ada sesuatu yang kita pelajari dari apa yang terjadi ini
sahabat...
segala yang berlaku adalah atas kelemahan diri ku sendiri
maka berilah aku peluang untuk memperbaiki kelemahan itu
aku memohon pada Allah semoga Dia memberi petunjuk pada
aku dan kau untuk membina kembali keruntuhan ukhwah kita
sahabat...
aku tak impikan segalanya akan pulih seperti biasa
dalam masa yang singkat
kerana aku tahu setiap penyakit juga
mengambil masa untuk sembuh
cuma harapan ku...
marilah kita sama-sama berusaha
untuk menghangatkan kembali ikatan ukhwah ini
sayu hati ku ini apabila mengenangkan
detik-detik awal kita berkenalan
ternyata banyak kelemahan aku sepanjang ukhwah ini terjalin
bertambah sayu hati aku apabila aku membaca ayat ini:
"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk"
betapa ruginya diri ku ini
kerana tidak betul-betul mensyukuri nikmat ukhwah
anugerah Allah
wahai sahabat...
berilah aku peluang untuk memperbaiki
segala kelemahan itu
sesungguhnya apa yang terjadi ini
benar-benar mengajar aku
erti sebuah perkenalan...
erti manisnya ukhwah fillah itu...
sahabat,
masih belum terlambat aku kira untuk kita
memulakan segala-segalanya kembali
terimalah salam ukhwah dari aku...
harapan ku moga ukhwah ini
sentiasa dalam redhaNya
moga-moga ukhwah ini
berkekalan hingga ke Jannah...
"Ya Allah Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana MengasihiMu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari'at Mu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalan-Nya (yang sebenar). Penuhkan (piala) hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu. Hidupkan/suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (jika engkau mentakdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada' dalam perjuangan agama Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong"
No comments:
Post a Comment