"...episod demi episod, babak silih berganti, sudah pun tertulis di dalam script, script kehidupan..."

Tuesday, September 4, 2007

Siapa saya??

"Saya adalah pengembara yg mencari kebenaran. Saya adlah manusia yg mencari erti sbnar kemanusiaan. Saya adalah seorang warga negara yg impikan sebuah negara yg dhormati, merdeka, tenteram & hidup harmoni di bawah naungan Islam yg murni....” “Saya hanyalah ibarat seorang yg memahami rahsia hidupnya. Justeru dia berseru : sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya utk ALLAH Tuhan sekalian alam, tiada yg mempersekutuiNya. Inilah yg diperintahkan kpd saya & saya salah seorang yg menyerahkan diri…” “Inilah saya,anda pula SIAPA????”
kata2 as-Syahid Imam AlBanna

Saya adalah seorang insan yang sedang berusaha mencari erti hidup di dunia ini. Mungkin sebelum ini saya tahu kenapa saya diciptakan, namun masih belum jelas apa maknanya. Alhamdulillah, Allah masih memberi kesempatan utk belajar dan memahami hakikat penciptaan saya.

Saya juga adalah seorang insan yang sedang berusaha untuk menjadi hamba Allah yang lebih bersyukur dgn nikmat yang telah Allah anugerah kan. Kerana kadang-kadang tanpa saya sedar saya merungut atau merasa tidak puas dgn apa yang saya miliki dan perolehi. Saya juga rasa malu dgn Allah, kerana dengan sedikit kekurangan yang saya rasa membuatkan saya buta dan selalu tak nampak nikmat-Nya yang tak terhitung itu.

Saya juga seorang manusia yang mengimpikan agar setiap detik nafas saya sentiasa dalam redha-Nya. Saya juga mengharapkan agar saya mampu utk melakukan setiap amalan dengan ikhlas. Saya juga seorang insan yang mengharapkan agar segala amalan saya diterima Allah dan berdoa semoga dgn rahmat-Nya, Dia memasukkan saya ke dalam Jannah. Saya juga megharapkan hidayah dan taufiq dari-Nya untuk memimpin langkah saya di dunia ini. Saya juga seorang insan yang mengimpikan utk syahid di jalan-Nya, bertemu dengan Allah yang menciptakan diri ini dan mengimpikan untuk bersama2 dgn Rasullullah di jannah.

~2007~

*Alhamdulillah...akhirnya jumpa juga file ni...maaf ukhti S xdpt nk present hri tu....

No comments: