"Aku (Allah) hairan terhadap orang yang yakin dengan maut, tetapi kenapa ia masih sombong membanggakan diri? Aku hairan terhadap orang yang yakin dengan Perhitungan (hisab), tetapi kenapa ia masih sibuk menimbun harta benda?Aku hairan terhadap orang yang yakin akan masuk pintu kubur, tetapi kenapa ia masih tertawa terbahak-bahak? Aku hairan terhadap orang yang yakin terhadap hari akhirat, tetapi ia masih bersenang-senang lalai tidak beramal? Aku hairan terhadap orang yang yakin akan fana-lenyapnya dunia ini, tetapi kenapa ia masih melekatkan hati kepadanya? Aku hairan terhadap orang yang alim pintar bicara, tetapi bodoh dalam faham pengertian, Aku hairan terhadap orang yang sibuk selidik tentang aib orang lain, tetapi lupa cacat cela dirinya sendiri. Aku hairan terhadap orang yang tahu, bahawa Allah memperhatikan tingkah lakunya, tetapi kenapa ia masih menderhaka kepada Allah? Aku hairan terhadap orang yang mengerti bahawa ia akan mati sendirian dan masuk kubur sendirian, tetapi kenapa ia masih berseronok brsenda gurau dengan orang ramai? Tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Muhammad itu benar-benar hamba-Ku dan Rasul-Ku"
[Sirrus Salikien, jilid 4 ms. 34]
No comments:
Post a Comment