"...episod demi episod, babak silih berganti, sudah pun tertulis di dalam script, script kehidupan..."

Monday, September 10, 2007

ramadhan kareem

alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah...
masih dibangunkan oleh Allah dalam nikmat iman dan islam.

semalam ada daurah Ramadhan. Alhamdulillah, dalam kesibukan Allah masih memberi kesempatan masa untuk pergi dan mendengar sesuatu yang bermanfaat. di sini ana sekadar nak share antara amalan-amalan yang boleh kita lakukan untuk menghidupkan Ramadhan (ihya' ramadhan). ada 30 amalan yang boleh kita amalkan:

1. memperbanyakkan niat dan azam untuk melakukan amalan baik sepanjang hari
2. memelihara solat-solat fardhu di surau atau masjid terutama solat Isya' dan Subuh.
3. memperbanyakkan zikir sepangjang hari
4. tilawah Al-Quran. minimum 1 juzuk.
5. terawih berjemaah
6. sibukkan diri dengan berzikir sepangjang hari
7. menjaga amalan-amalan sunat
8. mengubah suatu kebiasaan
9. melazimi doa-doa ma'thur dalam setiap keadaan
10. mengambil peluang utk melakukan kebaikan
11. memberi makanan
12. muhasabah diri
13. menghadiri majlis org yang baik (majlis ilmu)
14. memberi khidmat kepada masyarakat. "sebaik-baik manusia adalah orang yang memberi manfaat kepada manusia"
15. berdakwah
16. memperbanyakkan doa. doa-doa yang mustajab: doa orang yang berpuasa, dizalimi, dan pemusafir.
17. merasai ganjaran pahala setiap kali melakukan ketaatan (motivasi)
18. memelihara wudhu' (orang-orang beriman sentiasa berwudhu'). wudhu': menghapus dosa-dosa kecil,
19. Elakkan dari perkataan yang tidak bermanfaat (perkataan tidak bermanfaat: makruh)
20. berdoa ketika berbuka
21. segerakan berbuka dan berbka dengan tamar
22. memberi makan kepada orang yang berbuka
23. exploitasikan waktu-waktu perdana: selepas subuh, 2/3 malam dan antara azan dan istiqomah
24. sedekah walau sedikit
25. duduk di masjid ketika ada kelapangan (I'tikaf)
26. banyakkan baca buku agama atau tazkirah
27. mendengar unsur-unsur islam (nasihat agama)
28. menghidupkan waktu antara maghrib dan isya' dengan amalan
29. mengingati akhirat dan balasannya. mengingati kematian. mengingati kubur dan azabnya
30. bersyukur kepada Allah dan memuji-Nya atas nikmat-nikmat-Nya.

Harapan ana pada diri sendiri dan sahabat-sahabat lain, semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang lepas dari segala segi. semoga kita mengambil peluang-peluang yang ada dalam bulan Ramadhan ini utk berusaha meningkatkan rasa ketakwaan kita kepada Allah.

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa"
[Al-Baqarah:183]

~Allahumma Ballighna Ramadhan~

No comments: