"...episod demi episod, babak silih berganti, sudah pun tertulis di dalam script, script kehidupan..."

Thursday, November 15, 2007

..::airmata::..

Wahai diri….
kerapnya kau menangis…

Menangis kerana rindukan manusia…
Menangis kerana kecewa…
Menangis kerana sayang…
Menangis kerana benci…
Menangis kerana rasa tersisih…
Menangis kerana terharu dengan kebaikan manusia…
Menangis kerana takut suatu kecelekaan akan terjadi…
Menangis kerana takut kehilangan orang tersayang…

Namun…
Jarang sekali kau menangis kerana cinta dan rindu pada Rabb-Mu…
Jarang sekali kau menangis kerana dosa-dosa yang kau lakukan…
Jarang sekali kau menangis kerana mengharapkan keampunan dari Rabb-Mu

Hmmm…need to muhasabah diri again and again…alangkah mahalnya harga airmata itu andai datang dari hati yang ikhlas…hati yang benar-benar rindu pada Pencipta-Nya…hati yang benar-benar insaf pada segala dosa yang pernah dilakukan…hati yang benar-benar bertaubat...hati yang benar-benar mengharapkan keampunan dan petunjuk dari Allah….


~ Ya Muqallibal Qulub, thabit qulubana 'ala deenik, fi sabilik....

No comments: