wahai sahabat-sahabat ku...saat ini ana sangat rindu kan kenangan-kenangan bersama kalian...ana rindukan saat-saat kita di SRAAZ..disitu kita bertemu, bersahabat, dan di situ juga titik perpisahan kita...ana sendiri hairan setelah beberapa tahun perasaan itu tidak hadir...kini ia hadir semula...baru ana paham kata-kata seorang ukhti. "apabila kita punya fikrah yang sama, Allah akan mempersatukan hati-hati kita"
Setelah ana hanyut dengan dunia ana sendiri, Alahmdulillah, kini Allah tunjukkan ana jalan yang benar...banyak benda yang ana dapat...tak terhitung kesyukuran ana padaNya atas nikmat iman dan islam ini...
Buat sahabatku Asyrani Husna...ana sendiri lupa bagaimana kita boleh rapat...seingat ana kita mula rapat setelah masuk darjah 4 kan??ana hanya nak enti tahu betapa ana sangat-sangat menghargai jalinan ukhwah yang kita bina ini. ana sangat-sangat bersyukur atas nikmat ukhwah yang Allah hadiahkan ini. tak pernah sekali pun enti tinggalkan ana. walau setelah ana keluar dari SRAAZ, enti tak pernah putus-putus mengirim berita, tak putus memberi nasihat secara hikmah. ana tahu enti sangat risau dengan ana. semakin hari ana semakin hanyut dengan dunia...jazakillah keran berusaha untuk bantu ana kembali ke jalan yang benar. ana masih ingat lagi, masa ana nak bertolak ke oz, enti hadiakan ana sebuah buku "bagaimana akhirnya saya bertudung". ana tahu enti sangat risaukan ana. tp alhamdulillah, atas kurnia Allah ana dapat sesuatu yang sangat berharga disini.dan ana tahu enti sangat gembira melihat perubahan diri ana. masih segar lagi dalam ingatan ana peristiwa hujung tahun lepas. "ana rasa ana dapat enti yang lama, enti yang ana kenal masa SRAAZ dulu. setelah lama ana berdoa dan menunggu, akhirnya Allah makbulkan. ana gembira sangat-sangat" itulah kata-kata enti yang masih segar dalam fikiran ana. pada saat itu ana sedar, betapa selama ini enti sangat berusaha untuk bantu ana. jazakillah ukhti...biar jauh, tapi kehangatan ukhwah itu sangat-sangat terasa....
Buat sahabatku Siti Sajidah...rindu juga dekat enti...ana sendiri pun tak ingat mcam mana kita bole kenal rapat??sebab kita naik van yang sama ke??ana masih ingat kita sangat-sangat nakalmasa kat SRAAZ dulu, cikgu-cikgu semua sabar je dengan kita kan...hehehe...terlalu manis segala kenagan itu...ana sangat-sangat terharu bila asyrani cakap enti selalu tanya pasal ana kat asyrani...jazakillah ukhti kerana sangat-sangat care pasal ana...ana gembira sangat bila balik mesia hari tu ana sempat jumpa dengan enti setelah bertahun-tahun kita tak jumpa...ana rasa dah hampir 5 tahun kita tak jumpa. kalau tak silap kali terakhir kita jumpa masa reunion tahun 2002 kn??tp, subhanallah kemesraan itu masih terasa...jazakillah kerana sudi meluangkan masa dan hadiah yang diberi...jazakillah juga atas nasihat dan perkongsian rasa dan perasaan...ana doakan semoga segala amalan kita dalam redhaNya....
Buat sahabatku Nur Farhana...ana sangat-sangat kagum dengan apa yang terjadi semasa ana balik Malaysia cuti yang lepas...Subhanallah wal hamdulillah...memang ana terasa sangat-sangat kebesaran Allah itu...seingat ana sejak 2-3 tahun lepas ana memang tak pernah dengar kabar dari enti. asyrani dan sajidah pun tak tahu apa dah jadi dengan enti. surat dah tak dibalas, telefon pun tak dapat. satu keajaiban bila ana jumpa number enti dalam phone mak ana. seingat ana, ana tak pernah save number rumah enti. dengan sepenuh tawakkal kepada Allah, ana call dan ayah enti yang jawab. subhanallah, ayah enti masih ingat lagi pada ana. Alhamdulilah, Allah permudahkan segala-galanya...walaupun kita xsempat jumpa, tp perbualan di telefon itu cukup puas untuk ana melepaskan rindu ana pada enti. seingat ana, kami di SRAAZ sangat sedih bila dapa tahu enti kena pindah ke Seremban. memang sejak dari tu (tahun 1997 kalau tak silap ana), kita dah jarang jumpa. padahal dulu selalu je ana dan asyrani tidur kat rumah enti...ana rindu sangatsaat-sat itu..ana harap ia akan berulang kembali..=). seingat ana dari 1997 tu, 3 kali je kita pernah jumpa. satu enti datang beraya kat rumah ana, kemudian enti datan ziarah kitorang di SRAAZ. dan kali terakhir ana jumpa enti masa enti datang ziarah ana dia SMJ tahun 2001. kira dah hampir 6 tahun kita tak jumpa. suatu jangka masa yang sangat lama...tp kehangatan ukhwah itu tak pernah kurang sedikit pun. malah ana dapat rasa ia semakin menghangat....andai kita tidak bertemu di dunia, ana doakan kita bertemu di Jannah..sama-sama kita doakan ye...
Buat sahabatku Dayang Syairah...Alahmdulillah, Allah beri kesempatan untuk kita bertemu...ana sangat gembira mendengar enti akan ke Mesir untuk menyambung pelajaran...rasa cemburu pun ada...manfaatkanlah peluang itu....sangat gembira walau kita dah hampir tujuh tahun tak jumpa, tapi kemesraan itu tetap macam dulu...sedikit pun tak ada rasa kekok...malah ana sangat terharu apabila mak enti masih ingat pada ana...ana rindu sangat masa zaman kita kecik-kecik dulu...ana selalu pergi rumah enti lepas kita keluar shopping..hehehe...lepas tu kita akan cuba semua barang yang kita beli...sangat manis zaman kecik-kecik itu...ana doa semoga ukhwah kita ini terus hangat walaupun jarak dan waktu memisahkan kita...jazakillah atas layanan yang diberi sepanjang ukhwah ini terjalin...
Buat sahabat-sahabat ku di SRAAZ...

buat sahabat-sahabat yang lain, ana juga rindukan kalian semua...cuma mungkin tak tertulis segala-galanya di sini..namun kenangan bersama kalian tetap segar di sudut hati ku...buat Zuraidah yang bakal melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini, ana doakan semoga rumahtangga yang dibina sentiasa dalam redha Allah...buat yang lain-lain, ana doakan semoga sentiasa sihat dan dilimpahkan rahmat dari Allah SWT. harapan ana, biar kita jauh, biar kita jarang berjumpa, biar kita tak seiringan, tp semoga matlamat kita tetap sama...mardatillah insyaAllah...
Uhibbukunna fillah..insyaAllah...