"...episod demi episod, babak silih berganti, sudah pun tertulis di dalam script, script kehidupan..."

Friday, August 22, 2008

...syukur...

Bismillah hir rahman ni rahim…

Pagi ni bangun, ana ternampak status seorang adik dekat YM: “I wish…” hmmm…terus memikir dan membuat list. I wish….

-I can hug my mom right now

- I can hug my dad right now

- I am at my home sweet home…

- I wish I can see my sister’s smile

- I can talk and chat with sis Asyrani Husna…

- I can have Nasi Lemak for my breakfast (Alhamdulillah Allah terus beri rezeki mkn n.lemak pg td =)…jazakillah housemate)

- I can get myself back, myself 3 months ago…

- I could be a better person than yesterday…


Banyak sangat yang kita nak dalam hidup..all those kat atas tu adalah list yang sempat difikir secara spontan. Semuanya short term wish. Kadang-kadang kerana kita tak dapat apa yang kita nak, kekadang kita lupa, dah banyak sebenarnya yang Allah dah bagi. Kadang-kadang kerana salah satu dari benda yang kita wish kita tak dapat, Kita lupa untuk bersyukur atas nikmat-nikmat yang lain ,kita jadi kufur dengan nikmat Allah yang lain tu… na’udzubillah…


And I just realized, how lucky I am, that Allah anugerahkan ana family yang sangat understanding dan penyayang, sahabat yang banyak menyokong dan membantu, peluang untuk belajar di overseas, etc…dan yang paling berharga ialah nikmat Iman dan Islam itu sendiri. Serius bersyukur sangat-sangat. tak tau macam mana nak cakap.


Dengan mehnah yang datang bertimpa-timpa, ia buat ana sangat-sangat bersyukur ana lahir sebagai muslimah, buat ana sangat-sangat bersyukur di anugerahkan nikmat Islam dan Iman.


Baru paham kot perasaan orang-orang yang bunuh diri tu (bukanlah maksud ana, ana penah fikir nak bunuh diri, na’udzubillah…). Tapi mungkin mereka berperasaan macam orang yang jatuh dalam gaung yang dalam, dan tak nampak tanda-tanda harapan boleh selamat, atau tak nampak ada tangan-tangan yang mahu menghulur untuk menarik mereka keluar dari gaung tu. Maka mereka terus putus asa. Tapi, being a muslim, lain perasaannya. Di saat rasa macam tak ada harapan, kita tahu ke mana nak di tuju, kepada siapa untuk meminta pertolongan, dan kita yakin akan ada yang membantu, which is Allah. Di saat rasa putus harapan, kita tahu Allah lebih mengetahui segala-galanya, kita yakin Dia mendengar rintihan dan doa kita, dan kita pasti Dia akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada kita, kerana Dia Maha Pengasih dan Penyayang.
=)


Tiba-tiba ternampak another status dekat YM: “Hati yang luka ibarat besi yang bengkok, di ketuk macam mana pun, tak akan kembali seperti yang asal semula”


*ok, dah lambat nak pegi sekolah, will comment about it later, iAllah…


Tuesday, August 12, 2008

golongan yang tercicir

Hari tu ada terbuka buku Golongan Yang Tercicir di Sepanjang Jalan Dakwah by Fathi Yakan. Bukan buku diri sendiri pun, tapi buku orang lain tertinggal atas meja ana Macam best je. Hopefully dapat baca suatu hari nanti, biiznillah. Tapi sempat juga la selak-selak beberapa helaian dan membuat sedikit catatan. Setakat apa yang ana faham, Fatih Yakan menyenaraikan beberapa sebab-sebab keciciran. Antaranya:

  1. sebab yang berhubung dengan GERAKAN:
  2. sebab yang berkaitan dengan anggota INDIVIDU:
  3. sebab-sebab LUAR yang menekan individu:

Since tajuk futur dan langkah bermula tu, more to sebab2 dari individu sendiri, maka ana memilih untuk baca sebab dari gerakan dan tekanan luar.

Sebab berhubung gerakan:

1. kelemahan dari sudut tarbiyyah seseorang individu itu

- lebih fokus dari segi pentadbiran dan kurang memntingkan hal rohani dan tarbiyyah. Atau dalam erti ata lain mungkin lebih focus kepad ahal technical dan terlepas pandnag tenang makanan untuk iman dan rohani.

2. tidak meletakkan seseorang di tempat yang sesuai

- perlu mengenal kecenderongan, kebolehan, kekutan dan kelemahan ahli untuk memilih dan memberi tugas kepada mereka.

3. tidak menyelesaikan persoalan dengan segera

- sekiranya harakah lambat memahami persoalan dan masalah yang timbul dan lambat menyelesaikan maka masalah akan menjadi lebih besar dan melahirkan masalah-masalah baru.

- Kadang-kadang masalah boleh diselesaikan dengan senang, tapi apabila lambat dikesan, mungkin lebih menyusakhan dan harus menggerakkan beberapa pihak untuk menyelesaikan.

4. tidak mengambil berat hal ahli

- seseorang ahli kadang-kadang menghadapi masalah dan kerumitan seperti orang lain. Ada masalah jiwa, keluarga, kewangan dan lain2. kalau ada ahli-ahli dari harakah yang membantunya, maka dia akan mempercayai mereka dan harakah mereka, dan akan mengikut mereka dengan leih bersemangat. Tetapi jika sebaliknya, dia tidak merasa kebersamaan, tidak merasa slogan yang sering kita dengar ”kita tanggung bersama”, terasa seolah-olah berkeseorangan menghadapi kesusahan, maka dia akan menginggalkan harakah dan lengkongan Islam itu sendiri.

- Perasaan sesama harakah hendaklah dirasakan seperti satu badan (hadith). Perasaan ini bukan terjadai dengan sendiri tapi terjadi akibat perhubungan terus menerus dan diasaskan kepada pentingnya persatuan dan perpaduan, ia terjadi akibat dari adanya jaminan diri, perasaan dan kebendaan yang diberikan dan juga kerana adanya perhatian berat yang diberikan.

5. pertikaian dalaman

- antara sebab-sebab yang disenaraikan oleh Fatih Yakan ialah:

i. kelemahan pimpinan yang tidak berjaya menguasai barisan dan tidak dapat membuat keputusan

ii. campurtangan dari kuasa luar yang bertujuan menimbulkan fitnah

iii. perlumbaan untuk mendapatkan kedudukan khususnya jawatan

iv. adakalanya keran tidak iltizam dengan dasar harakah atau kaedah dan prinsipnya. Dalam erti kata lain tidak mahu mngikut keputusan yang dibuat oleh badan-badan harakah, malah mahu menonjolkan diri sendiri

v. kadangkala kerana tidak ada kerja atau program dalam suatu tempoh masa, sedangkan inilah yang akan menggerakkan ahli untuk mujahadah.

6. pimpinan tidak layak

- fatih yakan juga menyenaraikan antara sifat-sifat yang perlu ada pada pimpinan

i. mengenali da’wah itu sendiri

ii. mengenal diri

iii. mengambil berat tentang ahli, bukan hanya bila ahli ditimpa masalah. Tapi cuba mengenali cara hidup supaya dapat mngukuhkan kepercayaan mereka

iv. menunjukkan teladan yang baik

v. mempunyai pandangan yang mantap

vi. mempunyai keazaman yang kuat

vii. mempunyai daya tarikan yang semulajadi

viii. mempunyai keyakinan yang tinggi dan tidak boleh putus asa.

7. tidak membahagi-bahagikan kerja kepada anggota

Sebab-sebab luar yang menekan individu:

  1. tekanan ujian
  2. tekanan keluarga
  3. tekanan persekitaran
  4. tekanan gerakan-gerakan bahaya
  5. tekanan bermuka-muka.

Ni antara point-point penting dalam tajuk tekanan luar yang menekan individu, tapi ana tak sempat nak baca, tiba-tiba buku tu dah tak ada atas meja ana. iAllah, sapa yang berminat, boleh refer kembali buku Golongan Ynag Tercicir di Sepanjang Jalan Dakwah (Fathi Yakan). Ana sekadar mahu berkongsi ilmu, walaupun mungkin usia ana sendiri masih setahun jagung dalam dakwah dan tarbiyyah, banyak lagi benda yang perlu belajar, banyak lagi benda yang perlu di hadapi. moga Allah terus memimpin langkah ini.

Di mana pun posisi kita, mari muhasabah kembali diri. Kekadang dalam kita sibuk bekerja, untuk duni dan akhirat kita, kita terlupa atau terlepasa pandang beberapa perkara. Ana sendiri tak nak menjadi orang yang tercicir apatah lagi menjadi asbab orng tercicir, walaupun hakikatnya, hidayah itu Allah yang pegang, walaupun hakikatnya, itu adalah Qada’ dan Qadar Allah. Namun, salagi masih bole diusahakan, kita usahakan la bersungguh-sungguh. Allah hu ‘alam. Moga bermanfaat untuk semua.


FUTUR dan LANGKAH BERMULA

FUTUR

Diri ini bukanlah ariff sangat tentang tajuk ni, Cuma sekadar mahu berkongsi sedikit ilmu yang dipelajari semasa usrah. Moga bermanfaat untuk diri dan orang lain. Futur = lesu/lemah, atau dalam erti kata lain, futur =

  1. terputus setelah sebelumnya semangat berkobar-kobar
  2. diam setelah kerja bersunguh-sunguh
  3. iman yang lesu setelah mujahadah

futur juga bererti sesorang berubah dari stage yang sangat tinggi kepada stage yang sangat rendah. Tapi ini tidaklah terjadi secara drastik. Ia berperingkat. Bahayanya kefuturan kerana ia boleh membawa kepada keciciran dari dakwah.

Sebab-sebab kefuturan:

  1. berlebih-lebihan atau melampau-lampau dalam ibadah: bila di saat iman yang sangat tinggi, dia sangat-sangat melampau dalam ibadah (eg: tak nak tido sebab nak beribadat sahaja).
  2. melampau-lampau dalam perkara harus: tak boleh nak tolerate dengan hal-hal yang kecil seperti tak boleh nak tidur kalau tak ada bantal sendiri. Menjadikan amalan-amalan harus itu complicated.
  3. memisahkan diri dari jemaah: mengambil decision untuk beruzlah.
  4. kurang ingat akhirat atau kematian: hati lebih banyak bergelumbang dengan dunia.
  5. bermudah-mudah dengan amalan harian: tidak jaga amal ibadah fardhi seperti melewatkan solat
  6. hanya memberi penekanan kepada juzuk2 tertentu dalam Islam: contohnya hanya melihat islam hanya sekadar ibadat sahaja.
  7. tidak menyediakan diri untuk menghadapi reality dan cabaran dakwah: masih mahu memanjakan diri walau sedar sunnatullah dakwah yang mencabar
  8. berkawan dengan orang yang futur

Seperti maksud di atas, futur beerti lesu dan lemah, maka hati nya belum mati lagi. Jadi punca kepada futur ini ialah dari hati. Maka untuk bangun kembali dari kefuturan ialah dengan mengubati hati itu sendiri.

Ubat-ubat futur:

  1. jauhkan diri dari maksiat amal dan maksiat hati: seperti tak solat atau buruk sangka
  2. lazimi diri dengan amalan-amalan sunat
  3. hidupkan waktu afdhal dengan ibadah
  4. memahami hakikat/sunnatullah amal dakwah ini
  5. banyak mengingati mati dan akhirat
  6. fahami dakwah dan islam secara syumul
  7. duduk bersama-sama dengan orang yang berhimmah tinggi
  8. hadirkan ke majlis-majlis ilmu, bukan sekadar hadir fizikal tapi juga hadirkan hati.


LANGKAH BERMULA

Kemudian next usrah nya, kitaorang dibentangkan tajuk langkah bermula (dari buku Pelembut Hati), which is sangat berkaitan dengan tajuk futur. Kefuturan/keciciran dari amal dakwah boleh terjadi kerana kesilapan langkah pertama. ”KELESUAN SETELAH BERMUJAHADAH ADALAH KERANA KESILAPAN DI LANGKAH PERTAMA”.

Langkah pertama perlu dibangunkan dengan landasan ketulusan tajarrud (=melepaskan/menanggalkan segala ikatan yang bukan dari islam). Dua komponent yang sangat penting dalam langakah bermula ialah:

  1. NIAT YANG BEBAS

- maksudnya tidak terikat dengan ikatan lain, hanya keran Allah semata-mata. Bebas dari hawa nafsu, kepentingan dan kedudukan. Maka mestilah rational dalam segala perkara. Tidak boleh di serabutkan dengan terlebih emotional.

  1. CITA-CITA YANG TINGGI

- Cita-cita akn selalu lekat dengan niat dan mengawal segalanya setelah niat. Cita-cita yang tinggi dapat membuatkan hati bersih dan bebas dari hal-hal yang rendah. Maka hasilnya, akan menghasilkan pekerjaan yang baik.

Setakat tu saja ilmu yang ana dapat. Moga bermanfaat. Boleh baca dengan lebih lanjut buku Langkah Bermula by Muhammad Ahmad Ar Rashid. Any comment, tambahan, dialu-alukan.