Yesterday (23 oct) was my mom’s birthday…exactly after one month of my birthday 
selamat ulangtahun kelahiran yang ke-51 buat mamaku…semoga usiamu diberkati-Nya…Semoga dipanjangkan umur untuk terus beramal pada-Nya…
alhamdulillah…alhamdulillah…alhamdulillah…pada usia ana sekarang, Allah masih memberi peluang merasai nikmat kasih sayang dari seorang ibu…kekadang benda macam ni kita take for-granted…tapi bila kita dengar ada orang yang dah kehilangan ibu baru kita sedar betapa beruntungnya diri ini…baru rasa bersyukurnya pada Allah atas nikmat ini…

For me, she is a wonderful woman I ever know…she thought me so many things in a very meaningful way…mama tegas di sebalik kelembutan…mama pemaaf di sebalik kemarahan…mama pendengar yang baik juga pencerita yang baik…the way u treat me, make me feel I am important in your life…
Tiba-tiba teringat kenangan bersama mama…masa kecik-kecik dulu akak memang sangat noti kan mama?hmm…mungkin mama pun penat dengan akak…mama dari dulu sampai sekarang memang sangat mementingkan aspek pelajaran dan agama…
Dulu masa kecik-kecik akak dan adik memang selalu kena tinggal berdua kat rumah sebab mama dan abah pergi kerja. Walau mama kerja, tapi terasa macam mama ada kat umah je..almost every 1hour mama akan call umah, to make sure that kitorang belajar…bukan tengok tv atau pergi main kat luar…tapi diri ini sangat noti…biasanya akak akan pergi main dekat luar dan bila phone bunyi baru kalut masuk umah untuk angkat phone. Bila dah petang sikit, agak-agak mama dah on the way nak balik umah, baru akak masuk umah baca buku…tapi bukannye boleh concentrate, sebab dalam hati tak sabar nak sambung main dengan kawan-kawan. Biasanya mama hanya benarkan kitaorg keluar main 1 jam je sehari. Sebelum maghrib dah kena masuk mandi. Maka di tepi tingkap dapur mama akan menjerit “kakak…adik…balik…”. sian mama…bila dah banyak kali jerit baru kitaorg balik…
Malam pula, memang mama tak bagi kitaorg tengok tv. Cuma boleh tengok certain cerita dan program je…so malam memang kena quarantine dalam bilik…mama akan selalu masuk dan buat spot check. Kadang-kadang mama teman akak belajar sekali…tapi mama selalu tertipu dengan akak…sebab biasanya, akak akan selitkan komik dalam buku pelajaran. So mama, selalu ingat akak belajar, tapi sebenarnya tengah baca komik…huhuhu…noti sungguh diri ini…
Itu kisah zaman kecik-kecik…bila dah besar sikit lain pulak ceritanya…seperti biasa, mama akan call untuk buat spot check..bila dah besar ni, lain pula aktiviti akak…akak dah tak keluar umah dah, tapi dok kat umah pun bukan belajar, tapi tgk drama tv..huhuhu…bila dah dengar bunyi kereta je, cepat-cepat turn off tv dan masuk bilik buka buku…tapi hati tak tenang, sebab dok teringat apala ending cerita tu…tak sabar nak tunggu episode yang esok..huhuhu…
Malam pula, seperti biasa, mama akan masuk bilik untuk monitor kitaorg belajar..akak sangat terharu dengan pengorbanan mama. Akak ingat lagi masa akak study untuk pmr. Mama temankan akak sampai mama tertidur dalam bilik akak. Pernah juga, mama nak ajar akak bangun awal pagi dan belajar. Bila akak bangun je, dah ada milo dan biskut atas meja study akak…mama buatkan supaya akak tak mengantuk…im so touched…dan setiap kali akak exam desar pula, mama akan ambil cuti dan akan baca yasin dan solat hajat masa peperiksaan sedang berlangsung…how sweet you are…
Dari kecik lagi, mama dah ajar akak untuk jadi orang yang independent dan tak menyusahkan orang…dari sekolah rendah lagi, mama dah ajar akak masak, basuh baju sendiri, dan iron baju sendiri…walau dulu akak liat juga nak buat kerja umah..selalu je mama berleter…masa tu memang ‘hot’ juga…sebab kawan-kawan akak yang lain semuanya mak diaorg buatkan…tapi, hari ini, akak bersyukur…akak nampak kepentingan semua ajaran mama tu…
Bila akak dah masuk mrsm, lain pula ceritanya…nampak la mama risau nak tinggalkan akak kat asrama…yela sepanjang 15 tahun akak hidup kat rumah…tiba-tiba kena duduk asrama…semua benda mama siapkan…mama la yang packing, mama la yang sibuk list kan barang-barang yang perlu beli…even, mama jugak la yang pasang cadar akak masa masuk asrama tu..lawak pun ada…dah cakap dah akak boleh buat…bukan tak biasa buat kat rumah…tapi mama nak gak tolong pasangkan…rasa tiba-tiba di layan seperti budak-budak..hehe…tapi itulah tanda sayang mama…masa masuk mrsm tu mama dan abah bagi akak handphone (illegally…hehehe)..almost every night mama call…bila mama call, mula la rindu kat umah…memang minggu pertama tu horror gak la…sampai mama risau dan mama siap tanya “kakak ok ke ni…nak balik umah ke??kalau nak mama nak suruh abah uruskan tukar sekolah” . minggu ke-2 tu mama datang melawat, tapi masa nak balik, akak tak tahan la pula, ternangis…(manja nyee diri ini…) lepas tu akak malu ngan mama, terus lari masuk bilik…mama punya la risau, sampai balik tu adik yang kena drive kete sebab mama pening kepala fikir pasal akak..sian mama…
Bila dah besar-besar ni, mama treat akak as a friend..bila akak balik umah je…maka kita akan buat bed time story…kita saling tukar cerita…akak bagi pendapat sbg seorang remaja dan mama bagi pendapat sbg seorang yang pernah melalui zaman remaja..semua benda kita kongsi…sampai cite mama gaduh ngan abah pun mama cite..hihihi...kekadang tu kelakar gak sebab mama minta pendapat akak cmana nk treat abah...sbb mama tau perangai akak ngan abah sama je...hehehe...even kawan-kawan rapat akak pun selalu warning “hang jgn cerita kat mak hang lak…nanti malu kalau jumpa mak hang” hehehe….tapi lama-lama diaorg pun tak kisah sebab diaorg tahu mama akan bagi nasihat yg terbaik untuk diaorg…I miss our bed time story time…=(
akak ingat lagi pesan-pesan mama sampai sekarang:
Masa sekolah rendah mama selalu pesan: “akak kena belajar sungguh-sungguh..buktikan pada semua yang pandang rendah pada awak. Tak semestinya awak sekolah agama, awak tak boleh berjaya..buktikan awak dapat both dunia dan akhirat”..sebab makcik-makcik ana selalu condemn kitaorg sebab kitaorg sek agama private dan bukan sek. kerajaan.
masa akak masuk mrsm mama cakap… “kalau nak jadi orang yang berjaya, akak kena berkorban. Kejayaan takkan datang dengan senang. Kejayaan yang diperoleh dengan kesusahan itu lebih bermakna”
masa masuk intec… “mama yakin akak boleh buat…akak dah lepasi banyak level. Dan akak kena buktikan, budak-budak sek agama juga boleh Berjaya sampai pegi overseas”
bila datang oz… “mama gembira sangat akak dah berjaya pergi oz, teruskan kecemerlangan. Jadi kan penghijrahan ini sesuatu yang bermakna. Mama doakan semoga penghijrahan akak ke sana, memberi kejayaan dunia dan akhirat buat akak”
bila setiap kali call mesti mama akan pesan benda yang sama "jangan tinggal solat, selalu bangun malam buat solat tahajjud dan hajat...jangan lupa baca quran, sikit pun xpe...janji kita buat dan tak pernah tinggal..."
hmm…banyak lagi kata-kata mama yang masih segar di ingatan akak….akak rindu mama…=(
akak yakin Allah akan sentiasa melindungi mama, kerana Dialah sebaik-baik pelindung…Moga Allah sediakan buat mama dan abah tempat di Syurga-Nya…akak doakan semoga Allah memberi pengakhiran yang baik buat kita semua…amen…