"...episod demi episod, babak silih berganti, sudah pun tertulis di dalam script, script kehidupan..."

Tuesday, May 27, 2008

kenapa saya masih di sini...???

too many things happen for the past few weeks...and i think, itu sebab nye seorang ukhti ni tanya soalan begini: kenapa awak/anda masih di sini?? nampak macam mudah je nak jawab. setelah puas mengimbas kembali sejarah silam dan mengoret rahsia hati sendiri...and here is my answer:

"hmm…kenapa saya masih disini? InsyaAllah, semuanya adalah kerana Allah. Alhamdulillah…syukur sangat2 kerana Allah masih mengizinkan saya untuk berada di ats jalan ini pada hari ni. Dan mohon sangat2, Dia terus mengizinkan saya untuk berada di atas jalan ini hingga akhir hayat. Sebenarnya, saya terfikir, semua orang boleh bercakap kerana Allah dia masih disini. Tapi, sejauh mana saya rasa memang benar2 kerana Allah saya di sini. Langkah bermula bukanlah senang, banyak cabaran dan dugaan. Dan banyak juga yang telah dikorbankan. Rasa ruginya dan sia-sianya andai dah melangkah separuh jalan, kemudian berpatah balik. Rugi dan sia-sianya segala pengorbanan dan mujahadah untuk memilih jalan ini dan melangkah di sepanjang jalan ini sekiranya tidak sampai ke penghujung jalan. Kalau kerana dahagakan ilmu, saya mungkin boleh memilih sumber lain. Kalau kerana keseronokkan berkerja, mungkin awal2 lagi saya memilih untuk tidak bersama jemaah ini, kerana kadang2 diri ini juga terasa penat. Kalau kerana keramaian akhawat, mungkin juga saya akan berhenti di tengah jalan, kerana kadang2 saya rasa keseorangan dan tersisih. Kalau kerana sahabat/manusia, mungkin juga saya tidak lama di atas jalan ini, kerana manusia juga kadang2 mengecewakan. Tapi, kerana keyakinan saya pada Allah dan pada agama yang diperjuangkan oleh Rasulullah ini, maka saya berusaha dengan sungguh-sungguh agar saya tidak tercicir dari barisan ini. Saya mohon sangat2 moga Allah tambahkan kefahaman saya, kurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran pada saya untuk terus melangkah di atas jalan ini hingga akhir hayat."

Ya Muqallibal Qulub, thabit qulubana 'ala deenik, fi sabilik....

[moga tulisan ini menjadi salah satu asbab utk ana terus melangkah regardless of apa jua mehnah yg datang, biiznillah...izinkanlah ya Allah, agar semuanya hanya kerana Mu...izinkanlah ya Allah untuk ku mati sebagai pejuang agama Mu...izinkanlah ya Allah untuk ku tatap wajah Mu....]

Wednesday, May 21, 2008

Ya Qalbi...Laa tahzan innallah ha ma'ana



Biar berlinangan air mata
Ku takkan hentikannya
Biarkan ia menyembuh luka
Hilanglah rasa duka...

Tidak ku termampu merentasi liku-liku
Oh sungguh ku tak mampu menghadapi semua itu
Oh sungguh ku tak upaya

Jangan dibiarkan jerih perih kehidupan
Bisa meleraikan iman
Kan hancur semuanya
Walaupun menitis air mata darah
Tak bisa merubah segalanya
Melainkan taubat nasuha
Moga kan diterima…

Namun ku percaya
Masih ada kesudahannya
Kerana allah itu
Maha kaya maha mendengar
Rintihan hamba-hambanya
Kerana sesiapa bertaqwa kepadanya
Pasti akan adaJalan keluarnya
Rezeki yang tidak disangka-sangka
Cukup allah baginya berkuasa segala-galanya
Terima seadanya...

Monday, May 19, 2008

what a small world...

Semalam ana buka satu link yang sahabat ana bagi. website utk menjemput ke walimah dia. Alhamdulillah, jodoh dia dah tiba. teringat pulak zaman-zaman di intec masa serumah dengan dia. Even sekejap je, tapi ia meninggalkan kenangan yang sangat manis....


bila buka website tu, sangat2 terkejut tengok gambar bakal suami dia...sebab bakal suami dia adalah classmate ana masa sekolah rendah. Subhanallah what a small world. Gembira tak terkata..rasa macam nak terbang balik malaysia on their wedding day. tapi apa kan daya, masih banyak lagi kerja yang perlu di uruskan di sini pada masa tu.

Buat ukhti Musfirah Iskandar n akh Muhammad Syamil Mohamad Salmi, selamat melangkah ke tangga baitul muslim. Semoga baitul muslim yang bakal dibina mendapat keberkatan dan redha Allah selamanya. Maaf tak dapat menghadiri walimah. Ana doakan semoga Allah permudahkan segala urusan.

Doa ana buat bakal pengantin:


“Barakallahu lakuma, wa barak ‘alaikuma wa jam’a bainakuma fil khair, wa razaqakuma zurriyatan tayyibatan tanfa’ul islam wal muslimin”

“Semoga Allah membarakahi kalian dan melimpahkan barakah kepada kalian, dan mengumpulkan kalian dalam kebaikan, serta mengurniakan kalian zuriat yang memberi manfaat kepada Islam dan muslimin keseluruhannya”

Thursday, May 15, 2008

monolog dalaman...

Wahai hati…wahai diri…
Berbaik sangka lah pada Allah…
He knows best…
Maybe this is the best for u…

Buat mu pejuang agama….
anggaplah ini tarbiyyah dari Allah…
Mahu didik jiwamu seperti Rasulullah…
Agar di bibirmu hanya akan menyebut:
Ya Allah…Ya Allah…Ya Allah…
Dan bukan nama lain...

Ya Allah…yang Maha Kuat…
Kaulah sumber kekuatan ku…
Kuatkan diriku untuk mujahadah ku ini…
Agar aku tak bisa goyah
walau apapun mehnah yang datang…

Ya Allah…yang Maha Pengasih lagi Penyayang….
Kuniakan ketenangan dalam mujahadah ku…
ku mohon dengan sangat Ya Allah...

sudah 60 tahun begitu juga...

a nice entry by ustaz halim....
http://inijalanku.wordpress.com/2008/05/12/60-tahun-penjajahan-israel-1551948-2008/



takkan kita nak terus berdiam diri...?

hmmm...mungkin usaha ku tak banyak mana, namun biarlah ia telah menjadi penyumbang kepada kebangkitan islam...

Sunday, May 11, 2008

..rapuh...



detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup...

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu...

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta


detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu...

Friday, May 9, 2008

permulaan yang baik = pengakhiran yang mulia

Mulakan harimu dengan zikirullah,
Mulakan solatmu dengan a`uzubillah,
Mulakan doamu dengan alhamdulillah,
Mulakan kerjamu dengan bismillah,
Mulakan amalmu dengan ikhlas lillah,
Mulakan taubatmu dengan keinsafan,
Mulakan silaturahimmu dengan mahabbah fillah,
Mulakan keazamanmu dengan restu Allah,
Mulakan rumahtanggamu dengan mencintai kerana Allah,
Mulakan pekerjaanmu untuk mendapat keredhaan Allah,

KERANA PERMULAAN YANG BAIK
AKAN MENENTUKAN PENGAKHIRAN YANG MULIA

Wednesday, May 7, 2008

...sendiri...



Terasa tersisih sendiri di pinggir sana
Kau tiada lagi di sampingku,
berbicara menyalakan api

Tika kau di sampingku tuturmu kuanggap bisu
Tingkahmu untukku sumbang bagi diriku
Harapanmu padaku tidak ku endahkan

Nasihatmu madu penyembuh luka
Pabila bersamamu hilang dukaku

Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi disisiku
Belaianmu kini masih terasa
Restu darimu membawa ku ke syurga
Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi di sisiku

Andai dapat ku kembali, mengubah yang terjadi
Pasti takkan ku ulangi, walau hanya sekali
Namun hanya do'a yang bisa, ku kirimkan

Ku kan cuba tempuh hidup sendiri
Kerana kita kan,
kerna kita kan akhirnya
SENDIRI.....


mode: rindukan sorang ukhti ni. bila keluar dengan dia je, mesti akan kena 'ketuk', everytime keluar juga ana akan bawa balik 'mutiara' yang sangat berharga. rindu untuk keluar bersama dan di'ketuk' =(. rindu pada pantai..rindu pada ombak..rindu pada langit juga...