"...episod demi episod, babak silih berganti, sudah pun tertulis di dalam script, script kehidupan..."

Tuesday, May 27, 2008

kenapa saya masih di sini...???

too many things happen for the past few weeks...and i think, itu sebab nye seorang ukhti ni tanya soalan begini: kenapa awak/anda masih di sini?? nampak macam mudah je nak jawab. setelah puas mengimbas kembali sejarah silam dan mengoret rahsia hati sendiri...and here is my answer:

"hmm…kenapa saya masih disini? InsyaAllah, semuanya adalah kerana Allah. Alhamdulillah…syukur sangat2 kerana Allah masih mengizinkan saya untuk berada di ats jalan ini pada hari ni. Dan mohon sangat2, Dia terus mengizinkan saya untuk berada di atas jalan ini hingga akhir hayat. Sebenarnya, saya terfikir, semua orang boleh bercakap kerana Allah dia masih disini. Tapi, sejauh mana saya rasa memang benar2 kerana Allah saya di sini. Langkah bermula bukanlah senang, banyak cabaran dan dugaan. Dan banyak juga yang telah dikorbankan. Rasa ruginya dan sia-sianya andai dah melangkah separuh jalan, kemudian berpatah balik. Rugi dan sia-sianya segala pengorbanan dan mujahadah untuk memilih jalan ini dan melangkah di sepanjang jalan ini sekiranya tidak sampai ke penghujung jalan. Kalau kerana dahagakan ilmu, saya mungkin boleh memilih sumber lain. Kalau kerana keseronokkan berkerja, mungkin awal2 lagi saya memilih untuk tidak bersama jemaah ini, kerana kadang2 diri ini juga terasa penat. Kalau kerana keramaian akhawat, mungkin juga saya akan berhenti di tengah jalan, kerana kadang2 saya rasa keseorangan dan tersisih. Kalau kerana sahabat/manusia, mungkin juga saya tidak lama di atas jalan ini, kerana manusia juga kadang2 mengecewakan. Tapi, kerana keyakinan saya pada Allah dan pada agama yang diperjuangkan oleh Rasulullah ini, maka saya berusaha dengan sungguh-sungguh agar saya tidak tercicir dari barisan ini. Saya mohon sangat2 moga Allah tambahkan kefahaman saya, kurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran pada saya untuk terus melangkah di atas jalan ini hingga akhir hayat."

Ya Muqallibal Qulub, thabit qulubana 'ala deenik, fi sabilik....

[moga tulisan ini menjadi salah satu asbab utk ana terus melangkah regardless of apa jua mehnah yg datang, biiznillah...izinkanlah ya Allah, agar semuanya hanya kerana Mu...izinkanlah ya Allah untuk ku mati sebagai pejuang agama Mu...izinkanlah ya Allah untuk ku tatap wajah Mu....]

No comments: