"...episod demi episod, babak silih berganti, sudah pun tertulis di dalam script, script kehidupan..."

Monday, April 28, 2008

fasabrun jameel

Mix of feeling again…rasa kecewa, marah, kesian, sedih dan macam-macam…tak tau nak explain macam mana.

Benda yang ana risaukan terjadi, akhirnya terjadi juga. Awal2 tahun dulu pun berdebar2, jenuh memikirkan mampukah aku bersabar? And try to bersangka baik dengan Allah. Apa yang terjadi adalah yang terbaik insyaAllah. Puas ana cuba mengelak, berjaga-jaga dan berhati-hati, tapi ia terjadi juga. Bukan menyalahkan takdir. iAllah apa yag terjadi juga ketentuan Allah n yet tarbiyyah buat diri sendiri juga.

Apa yang terjadi malam tadi, remind me of perbualan dengan ukhti F di suatu pagi di dalam van beberapa hari lepas.

F: sian Z kan, mesti tengah serabut dan pening sekarang. Sampai lupa sape book kete hari apa. Awak dulu pun mesti pening and serabut gak kan?

Ana: hihi…gakla…serabut gak la. Tapi saya rasa sangat banyakla saya belajar. Especially untuk bersabar and tolerate. Yela kekadang orang lambat anta kete la. Pastu orang yang next tu rushing pula. Kekadang tu orang main pass je kete kat orang lain without inform kita.

F: tapi saya rasa korang memang byk la belajar pasal sabar kan. Macam ukhti H dulu pun camtu. Sampai dia kena jadi garang sikit.

Ana: sangat2 la mengajar saya utk jadi sabar…

F: tula kekadang saya fakir gak. Korang mesti kena sgt banyak bersabar kan. Mcm saya lebih byk deal dgn adik-adik. So kena sabar juga la. Tapi mcm ok sikit kot sebab tahu diaorg tak faham. Tapi korang yang deal ngan akhawat ni mesti lagi mencabar kan? Yela. Sebab kekadang tu mesti rasa tension kan dan mesti terfikir kenapa dia buat mcm ni ke mcm tu ke sedang kan dia faham. Btul tak? Kan?

-end-

Hmmm..fasabrun jameel….bersangka baik….berlapang dada …all those things dah banyak kali dengar, belajar, n kekadang menyampaikan kepada orang. But when it comes to practice, sangat2 la susah. Memang mujahadah habis-habisan. I don’t want to be like a person whom Allah mentions in surah As-Saff ayat 2-3: “Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan”. Naudzubillah…


Pesanan buat diri:

~ ketahuilah diri, kehidupan sbg akhawat@da’ie sangat la busy dan struggle. They work hard, they study hard and they have to struggle all out. Jadi bersabarlah dengan segala kekurangan mereka.
~ ingatlah, akhawat juga punya keistimewaan sendiri. They are supportive, always there whenever needed, remind u when u forget, n etc. jgn biar kesalahan tau kesilapan yang sedikit menutup kelebihan mereka dan merosakkan ukhuwah.
~ semua ilmu yang dah diajar dan tahu, bukan sekadar utk menambah saqafah, tapi untuk diamalkan!!!!

“Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan tindakan yang menyakitkan. Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” [2:263]

dalam sedikit rasa...
kerana aku tidak mahu hanya memandang kekurangan kamu...
tapi aku ingin melihat dan menilai kekurangan yang ada pada diri aku...
Agar aku lebih memahami kamu...
agar aku tidak hanya memaksa kamu untuk memahamiku...

“oh Allah, nothing is easy except what u have made easy. If you wish, you can make the difficult easy. Oh Allah, grant me patience, grant me strength”

Sunday, April 6, 2008

heart melted...

Alhamdulillah..alhamdulillah…alhamdulillah….segala puji bagi Allah atas nikmat-nikmat yang telah Dia kurniakan. Walau sehebat dan sekuat mana pun beribadat, walau berbuih mulut berzikir pada-Nya, belum cukup dan tak tertanding dengan nikmat-nikmat yang Dia berikan. Hadith dari Aisyah r.a:

“Bahawa Rasulullah s.a.w. bangun sebahagian daripada malam bersembahyang hingga bengkak kedua kakinya, maka aku (Aisyah) berkata kepada baginda, mengapa Rasulullah s.a.w lakukan ini semua, bukankah dosa tuan telah diampunkan oleh Allah sama ada yang terdahulu ataupun yang terkemudian?. Baginda menjawab: Salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur?”
-----------------------------------------------------------------
Alhamdulillah, ana rasa tahun ni perjalanan hidup rasa lebih tenang dan lebih bahagia. Banyak sangat surprise-surprise yang Allah beri. Dan paling baru petang tadi. Masa tu baru selesai baca ma’thurat bersama dengan housemates dan tengah ngantuk sebab baru balik dari kenduri. Tiba-tiba ada mesej. Bila buka dan baca:

“Salaam..x know what’s wrong with me right now.just feel like saying…uhibbuki fillah. =) ok, sambung wat assignment ”

Terus tersenyum dan rasa nak nangis…terharu sangat. Ketahuilah ukhti ku (u know who u are), I love u so much for the sake of Allah iA. And may Allah loves u more than I love u. Harap sangat dan mohon sangat2 pada Allah semoga kita terus bersahabat hingga ke Jannah. Jazakillah ukhti, kerana buat ana tersenyum…moga Allah buat mu tersenyum hingga ke Jannah-Nya.

Suddenly juga ana teringat kisah kita mula2 berada di OZ ni. Bermula dari tak kenal hinggalah Allah mengikat kita dengan tali-Nya. To be honest, after what we have gone through, ana rasa ukhuwah ini menjadi lebih manis dan sangat2 bermakna. Jazakillah ukhti for the memory and time we spent together..

---------------------------------------------------------------------

Namun, di sebalik surprise-surpeise yang Allah bagi. Pada saat ni, ana rasa sangat-sangat takut…takut menjadi hamba yang lupa bila diberi banyak nikmat. Ya Allah, ajar aku untuk bersyukur pada Mu, dan jauhi lah aku dari mejadi hamba-Mu yang lalai bila dikurniakan nikmat.

"Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh."

[An-Naml:19]


-------------------------------------------------------------------------

A very nice words to share:


“Persahabatan kerana Allah, memberi tanpa minta diganti, menyokong tanpa minta disanjung, memuji tidak kerana budi, berkorban tanpa menuntut ganjaran.”


Buat ukhti ku, semoga terus gagah melangkah ke hadapan.

Wednesday, April 2, 2008

...SABAR...


“ dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian Yang lain, Adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? dan (ingatlah) adalah Tuhanmu Maha Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya)”
[Furqan:25]


“Ya Allah, berikan aku kesabaran dalam menghadapi manusia yang pelbagai ragam, dan kurniakanlah mereka kesabaran untuk berhadapan dengan segala kelemahan dan kekurangan diriku”