"...episod demi episod, babak silih berganti, sudah pun tertulis di dalam script, script kehidupan..."

Sunday, April 6, 2008

heart melted...

Alhamdulillah..alhamdulillah…alhamdulillah….segala puji bagi Allah atas nikmat-nikmat yang telah Dia kurniakan. Walau sehebat dan sekuat mana pun beribadat, walau berbuih mulut berzikir pada-Nya, belum cukup dan tak tertanding dengan nikmat-nikmat yang Dia berikan. Hadith dari Aisyah r.a:

“Bahawa Rasulullah s.a.w. bangun sebahagian daripada malam bersembahyang hingga bengkak kedua kakinya, maka aku (Aisyah) berkata kepada baginda, mengapa Rasulullah s.a.w lakukan ini semua, bukankah dosa tuan telah diampunkan oleh Allah sama ada yang terdahulu ataupun yang terkemudian?. Baginda menjawab: Salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur?”
-----------------------------------------------------------------
Alhamdulillah, ana rasa tahun ni perjalanan hidup rasa lebih tenang dan lebih bahagia. Banyak sangat surprise-surprise yang Allah beri. Dan paling baru petang tadi. Masa tu baru selesai baca ma’thurat bersama dengan housemates dan tengah ngantuk sebab baru balik dari kenduri. Tiba-tiba ada mesej. Bila buka dan baca:

“Salaam..x know what’s wrong with me right now.just feel like saying…uhibbuki fillah. =) ok, sambung wat assignment ”

Terus tersenyum dan rasa nak nangis…terharu sangat. Ketahuilah ukhti ku (u know who u are), I love u so much for the sake of Allah iA. And may Allah loves u more than I love u. Harap sangat dan mohon sangat2 pada Allah semoga kita terus bersahabat hingga ke Jannah. Jazakillah ukhti, kerana buat ana tersenyum…moga Allah buat mu tersenyum hingga ke Jannah-Nya.

Suddenly juga ana teringat kisah kita mula2 berada di OZ ni. Bermula dari tak kenal hinggalah Allah mengikat kita dengan tali-Nya. To be honest, after what we have gone through, ana rasa ukhuwah ini menjadi lebih manis dan sangat2 bermakna. Jazakillah ukhti for the memory and time we spent together..

---------------------------------------------------------------------

Namun, di sebalik surprise-surpeise yang Allah bagi. Pada saat ni, ana rasa sangat-sangat takut…takut menjadi hamba yang lupa bila diberi banyak nikmat. Ya Allah, ajar aku untuk bersyukur pada Mu, dan jauhi lah aku dari mejadi hamba-Mu yang lalai bila dikurniakan nikmat.

"Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh."

[An-Naml:19]


-------------------------------------------------------------------------

A very nice words to share:


“Persahabatan kerana Allah, memberi tanpa minta diganti, menyokong tanpa minta disanjung, memuji tidak kerana budi, berkorban tanpa menuntut ganjaran.”


Buat ukhti ku, semoga terus gagah melangkah ke hadapan.

No comments: