"...episod demi episod, babak silih berganti, sudah pun tertulis di dalam script, script kehidupan..."

Thursday, July 17, 2008

...motivation...

“Motivation can be defined in a number of ways. Generally, it is defined as a driving force that initiates and directs behavior. In other words, motivation is a kind of internal energy which drives a person to do something in order to achieve something”.

Lately rasa lemah sangat…kalau orang tanya, memangla bole bagi macam-macam alasan. Tapi hati masih rasa ada something wrong. tak tahula apa yang tak kena. Cuba untuk duduk dan merenung kembali. Di mana keyakinan ku? Di mana motivasi diri? Hmm…cuba untuk mencari something yang boleh motivate diri untuk bangun kembali. Moga Allah tunjukkan jalan. Dua hari lepas dapat berborak dengan sahabat ku, Asyrani. Jazakillah ukhti for sharing the beautiful story, kisah cinta Rabiatul Adawiyah dan Sang Pencipta. Sangat rasa ter’motivate’ dengan cerita tu. Saat ini, terasa ingin sangat merasai kemanisan yang di rasai Rabiatul Adawiyah..mohon dan harap sangat moga Allah izin kan….


RABIATUL ADAWIYAH: PERINDU CINTA ILAHI

Rabi’ah binti Ismail al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan.

Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara’ serta zuhud hampir lenyap sama sekali.

Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan al-Bashri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafsu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat.

Bapa Rabi’ah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabi’ah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berjaya menghafal kandungan al-Quran. Sejak kecil lagi Rabi’ah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam.

Menjelang kedewasaannya, kehidupannya menjadi serba sempit. Keadaan itu semakin buruk setelah beliau ditinggalkan ayah dan ibunya. Rabi’ah juga tidak terkecuali daripada ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan iman. Ada riwayat yang mengatakan beliau telah terjebak dalam kancah maksiat. Namun dengan limpah hidayah Allah, dengan asas keimanan yang belum padam di hatinya, dia dipermudahkan oleh Allah untuk kembali bertaubat. Babak-babak taubat inilah yang mungkin dapat menyedar serta mendorong hati kita merasai cara yang sepatutnya seorang hamba bergantung harap kepada belas ihsan Tuhannya.

Ucapan Rabi’ah sewaktu kesunyian di ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah:

“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!

“Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.

“Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.

“Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.”

Rabi’ah juga pernah meraung memohon belas ihsan Allah SWT:

“Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.”

Setiap malam begitulah keadaan Rabi’ah. Apabila fajar menyinsing, Rabi’ah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:

“Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu.”

Seperkara menarik tentang diri Rabi’ah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:

“Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun.”

Rabi’ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabi’ah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.

Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:

“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”

Antara syairnya yang masyhur berbunyi:

“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun,

Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun,

Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun,

Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”

Rabi’ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya:

“Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?”

Kecintaan Rabi’ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.

“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”

Begitulah keadaan kehidupan Rabi’ah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabi’ah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. Moga-moga Allah meredainya, amin!



"Ya Allah, Tuhan sekalian alam, ceraikan aku dari segala ikatan yang hanya menjauhkan aku dari Mu...Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih, pimpin langkah ku menuju Mu...Ya Allah, Tuhan Yang Maha Penyayang, hangatkan hati ku dengan bara cinta dan kasih Mu...wahai Allah, Tuhan yang memegang nyawa ku, matikan aku dalam keadaan husnul khotimah..."


mengharap rahmat Allah

bismillah hi rahman nir rahim....

alhamdulillah...pagi ni masih dibangunkan dalam nikmat iman dan islam...lately atau secara detailnya, sepanjang sebelum exam sampaila cuti winter pada hari ni, banyak sangat benda telah berlaku dalam hidup ana. jujurnya ana memang serabut. kadang-kadang rasa rindunya pada diri ana yang dulu. diri ana yang boleh tersenyum dan ketawa di saat pelbagai mehnah dan ujian yang melanda. kalau dulu ada seorang ukhti ni pernah cakap: "akak perasan awak jarang berkerut dahi kan. selalu nmpk awak senyum je. tak macam saya kalau ada masalah ke atau tgh berfikir ke mesti orang dapt detect". ntahla, sekarang rasa ana, ana sendiri dah tak kenal siapa ana. ana dah sangat lemah sekarang. dah tak mampu lagi untuk tersenyum saat dilanda ujian dan mehnah. perkara-perkara yang berlaku sepanjang bulan ini:

~ demam, batuk dan selsema sepanjang study leave
~ tok telah meninggal dunia 3 minggu yang lepas [tabahlah...moga Allah tempatkan dia di kalangan orang-orang yang beriman.]
~ sepanjang winter sangat sibuk, rasa diri sangat tak balance. banyak hak2 tak tertunai. hak pada family di malaysia, hak pada family yang datang bercuti di sini, hak pada sahabat di sini, hak pada sahabat di luar sana, juga hak pada diri sendiri dan hak pada Allah...[lalainya diri...]
~ dalam keserabutan itu, dapat pula surat 'cinta' dari pakcik polis. tak penah kena saman sebanyak ini....[tabahlah hati....]
~ phone rosak. alhamdulillah ada sahabat pinjamkan phone. tapi phone dia pun macam ana dah rosakkan...[lalainyee diri ini...tapi alhamdulillah, new phone for her, dah di beli, cuma tgh tggu nk sampai je...]
~ dalam serabut2 itu, dapat email from uni. aplication for special consideration ana dah approved. so this coming 14 july ana kena amik exam. serabut lagi, on 14 july juga makcik n adik ana yng datang bercuti akan bali ke malaysia semula [ohhh..masih adakah kesempatan untuk bersama lagii]

Di saat ini, hanya satu sahaja harapan ana...mohon dengan sangat moga ana tak pernah dan takkan berputus asa dari rahmat Allah...di saat-saat begini, ana tahu dan cuba untuk meyakinkan diri, Allah sentiasa ada di sisi....

jazakillah buat ukhti Asyrani Husna, sahabat ku sejak dari sekolah rendah lagi...jazakillah kerana berkongsi kegembiraan dan kesedihan bersama, jazakillah kerana menerima segala keburukan dan kebaikan ana, jazakillah kerana sentiasa bersama-sama saat iman ana subur mahupun di saat iman terasa lemah...dan paling ana bersyukur dan berterima kasih, kerana sentiasa mendoakan ana....dah banyak benda yang kita lalui bersama, tak tau kat mana lagi nak cari sahabat macam enti. jazakillah atas cerita yang enti kongsi bersama semalam. terasa rahmat Allah itu sangat luas, terasa kasih sayang Allah itu tak terbatas....oh sahabat...aku ingin tenang seperti mu...


~ UNTUKMU ~

Sahabat
Dalam kabut ku tercari-cari cahaya
Akhirnya ku temui sinar ceria diraut wajahmu

Andainya alam ini mampu berkata-kata
Pastilah pujian buat dirimu
Di waktu itu akulah yg bertuah
Punya sahabat sepertimu

Sahabat
Kau bimbing la ku menuju cahaya ilahi
Sahabat
Aku lemah mangharungi ranjau dunia

Sahabat
Aku ingin seperti mu dalam ketenangan
Menghadapi hidup ini...

Sahabat ku bersyukur kerna mengenali dirimu
Ku harap moga kitakan bersama
Harungi segala suka duka
Moga kejayaan milik kita
Agar hidup menuju mulia...

***************************************************************

Ya Allah....
Seandainya diri ini
mampu meraih cinta keredhaan-Mu...
Seandainya akulah insan yang terpilih
Pimpini hidupku...


Monday, July 14, 2008

...setiap kali...

Setiap kali mendapat nikmat
jarang kusedari itu pemberian-Mu
terkadang rasa itu kerana
segala usaha dan penat lelahku sahaja

setiap kali ditimpa musibah
kumengeluh risau bertambah gelisah
hingga terlupa pada-Mu Allah
tempat kembali segala masalah

oh Tuhan Yang Maha Penyayang (...maha penyayang..)
leraikanlah aku dari keluh kesah (..uuu..)
yang membelenggu jiwa dan fikiran (..dan fikiran...)
ditambah dengan hasutan syaitan (..uuu..., haaa)

kurniakanlah kepadaku ketabahan (..ketabahan..)
singkapkanku hikmah segala ketentuan (..uu…)
Moga sinar-Mu berikanku pedoman (…pedoman..)
Hanya pada-Mu segala ketetapan (…haa…)

(backup)
oh tuhan yang maha penyayang
leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah dengan hasutan syaitan
durjana yang sentiasa mengarahku
kepada kemurkaanmu
kurniakanlah kepadaku ketabahan
tunjukkan ku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan
Ya Allah kau redhailah diri ini


seandainya diri ini
mampu meraih cinta keredhaan-Mu
seandainya akulah insan yang terpilih
pimpini hidupku...