To my dear mama, (u may not read this. But, this is just a curhat)
I know u are facing a very hard and challenging time at this moment…
Semuanya adalah kerana seorang wanita….
Wanita yang mengandungkanmu dengan segala kesusahan…
Wanita yang melahirkanmu dengan penuh keperitan….
Wanita yang medidik mu dengan penuh ketabahan…
Wanita yang menjaga mu di saat kelahiran anak-anakmu dengan penuh kasih sayang…
I know she is everything for you…and for me tooo….
Di saat ini, di kala kudrat nya sudah tak seberapa…
Mama pula yang menjaga dia dengan penuh ketabahan…
Mama bersengkang mata menemaninya di Hospital…
Sangat-sangat terkejut bila mama cakap tok masuk hospital…
Tapi…Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah…
Seronok dengar bila tok dah keluar hospital after 3days in ICU and a night in normal ward….
Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah…
Dapat dengar suara tok, walau masih lemah, tapi semangat untuk hidup itu sangat kuat…
Akak doakan semoga Allah memberi yang terbaik untuk kita, tok dan semua…
I miss my mama n my tok so much at this moment…

Mama…
Wanita yang ajar aku jadi seorang yang tabah…
Ajar aku jadi seorang yang independent, tak menyusahkan orang…
Ajar aku untuk jadi manusia yang berguna dan bermatlamat…
Ajar aku menjadi manusia yang bercita-cita tinggi..
Sering ingat kan aku hakikat kehambaan kepada Allah…
“jadilah spt resmi padi, makin berisi, makin tunduk. Jangan sombong dan takabbur. Walau kita berada di atas, jangan lupa pada Allah”
Tok….
Wanita yang sangat aku kagumi…
Wanita yang kematian suami, namun berjaya membesarkan kesembilan anak-anaknya…
Wanita yang sangat menjaga hubungannya dengan Allah…
Semenjak muda, Makkah lah destinasi percutian nya setiap tahun…
Tak pernah miss sehinggalah 10 tahun lepas…
Bila mana kudrat sudah tak mengizinkan…
Namun, rindunya untuk menjadi tetamu Allah sentiasa membara…
“Doalah makcik dapat jadi tetamu Allah lagi”
Itulah pintanya pada setiap rakan-rakan yang pergi ke Makkah…
Alhamdulillah, 3 tahun lepas, Allah menerimanya sbg tetamu lagi…
Terpancar sinar kabahagian di wajah nya…
Wajah puas bila rindu itu terubat…
Semenjak dari muda sampai la usia dah hampir mencecah 100 tahun…
Pantang mendengar ada majlis agama, pasti digagahi untuk pergi…
Semenjak dari muda sampai la usia dah hampir mencecah 100 tahun…
Solat sunat Dhuha tak pernah di tinggalkan…
Semenjak dari muda sampai la usia dah hamper mencecah 100 tahun…
Qiam dan tahajuud menjadi amalan harian…
Sangat malu dan tercabar bila tengok tok…
Tok yang kudrat tak seberapa, tapi punya jiwa yang kuat….
Sedangkan aku yang masih muda, yang masih bertenaga…
Tak mampu nak istiqomah sepertinya…
Owh… terribly miss them so much… they have a great influence on me... they both inspired me to become a better person...
Mama, I know you are facing a very challenging time now…feel like going back to Malaysia…seriously, I cant really focus on my exam at this moment…though my body is here, but my mind, my heart are in Malaysia…wanna be by yourside, wanna hug you…I cant cry…I have to be strong for the sake of you…oh Allah..please make me strong..
“Ya Allah, kurniakan kami kekuatan dan ketenangan dalam menghadapi ujian ini, berilah yang terbaik buat dia dan kami, andai masanya telah tiba, ambillah dia dalam keadaan yang sangat baik, dan berilah pengakhiran yang terbaik buatnya. Dan ajarkanlah kami untuk redha dengan segala takdirMu”